Tidak sampai beberapa jam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang enggan menjawab persoalan di mana
beliau dilahirkan, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh
Rao membidas lagi tindakan Kit Siang yang disifatkan “penakut” itu.
Dalam satu
kenyataan media terbaru hari ini, Ramesh mengulas tindakan Ahli Parlimen DAP
Gelang Patah itu kerana mengherdik wartawan yang bertanyakan soalan di mana dia
dilahirkan dalam satu sidang media dan enggan menjawab soalan itu.
“Saya pelik kenapa ada orang boleh marah apabila
ditanya di mana tempat dia dilahirkan, kenapa mahu marah? Anda sudah jadi wakil
rakyat dan rakyat mahu mengenali sejarah dan salasilah hidup anda.
“Jawab
sahaja soalan itu dan jangan melenting sampai mengherdik wartawan berkenaan di
khalayak ramai seperti itu,” kata beliau dalam kenyataan berkenaan.
Baru-baru
ini, Ramesh melalui badan bukan kerajaan pimpinannya, PMSP mengemukakan
memorandum mendesak Kit Siang menjawab di mana sebenarnya beliau dilahirkan
memandangkan sebelum itu di laman Wikipedia tertulis, beliau
sebenarnya tiba di Malaysia pada tahun 1957.
Selepas kecoh, laman Wiki itu disunting semula
dengan meletakkan Kit Siang lahir di daerah Batu Pahat, Johor.
“Biasanya
seorang wakil rakyat tahu dan letakkan dia dilahirkan di hospital mana supaya
rakyat lebih menghargai beliau dan sejarah kelahirannya bukannya
marah-marah. Takkan Kit Siang sudah nyanyuk sampai tempat lahir sendiri
pun sudah lupa,” katanya.
Semalam, di
sidang media berkenaan Kit Siang bermati-matian enggan menjawab soalan tempat
kelahirannya sebaliknya memarahi wartawan dari portal Antara Pos kerana
bertanyakan soalan itu.
Wartawan itu
sudah pasti tahu bahawa beliau lahir di Batu Pahat mengikut laman Wikipedia
itu, tetap soalnya di mana lokasinya tidak diketahui.
“Tidak logik, wakil rakyat yang ada pengaruh besar seperti
Kit Siang tidak mengetahui di mana dia dilahirkan kecuali ada perkara yang hendak
disorokkan seperti sebenarnya dia tidak dilahirkan pun di sini sebaliknya
adalah pendatang,” kata Ramesh.
Sumber: KLIK DISINI