Translate

Memaparkan catatan dengan label Daun Ketum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daun Ketum. Papar semua catatan

02/08/2017

Rugi tak buat kajian tentang ketum

Mengharamkan kajian ketum akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kerana tumbuhan itu mempunyai nilai tinggi khususnya di pasaran luar negara, selain mudah ditanam.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan harus membenarkan kajian mengenai ketum bagi membolehkan potensi mengenai tumbuhan itu, khususnya dalam aspek perubatan dikembangkan.
"Kita jangan haramkan pengambilan dan eksploitasi kajian untuk ketum kerana kalau diharamkan, kita akan kerugian kerana tumbuhan bernilai tinggi ini tidak terdapat di banyak negara.
"Ketum adalah satu daripada biodiversiti, tumbuhan di negara kita yang tinggi nilainya serta mudah ditanam,” katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...