PAP. "Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila
Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP. "Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP.
(Saya) Sebut dengan
bahasa yang kasar sedikit," katanya ketika berucap di ceramah perdana
'Sempena Kejayaan Pembentangan RUU 355' di Marang, Terengganu malam tadi.
Ceramah berdurasi
hampir 35 minit itu disiarkan oleh Terengganu Kini yang dimuatnaik di laman
Youtube hari ini. Dalam pada itu, Abdul Hadi turut membidas DAP yang
mempertikaikan kerjasama PAS dengan UMNO sedangkan parti itu sendiri pernah
berunding dengan pihak luar seperti Amerika Syarikat.






