Pemimpin
Kanan DAP Melaka Antara Direman Kes Tipu Pajakan Tanah
Dua ahli perniagaan termasuk seorang
pemimpin kanan DAP ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi
membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan dengan anggaran kerugian bernilai RM976,300.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek
berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Analia
Kamaruddin bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai
baju lokap polis berwarna oren tiba di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh di sini,
kira-kira pukul 8.30 pagi.
Isu pajakan tanah itu sebelum ini
dibangkitkan wakil rakyat Bebas dari Duyong, Goh Leong San dalam persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri pada 9 Mac lalu.
Perkara itu ekoran satu laporan polis
dibuat oleh seorang pengusaha kebun sayur di negeri ini pada 14 Disember tahun
lalu menyatakan, pengadu membuat transaksi pembayaran wang tunai ke dua akaun
penama suspek berjumlah hampir RM1 juta berhubung permohonan mendapatkan tanah
pajak itu.
Sumber: SPRM