Translate

17/11/2015

‪#‎1MDB‬,‪#‎TTPA‬ dan ‪#‎Bajet2016: Ramai Ahli UMNO Punca Mahathir Tak Datang Sesi Penerangan


Menurut beberapa macainya di media sosial, Mahathir tidak menghadiri sesi penerangan dan soal jawab mengenai beberapa perkara penting seperti 1MDB, TPPA Sabtu lepas, kerana sesi tersebut dihadiri ramai ahli UMNO.

Apa kena mengena ahli UMNO ramai dan Mahathir tak nak datang? Mahathir pun ahli UMNO, apa masalahnya? Mahathir datang perhimpunan haram Bersih yang 100% penyokong tegar Anwar dan bekas pemakinya masa jadi PM dulu, tidak ada masalah pulak, takkan nak datang majlis yang diramaikan ahli UMNO pulak Mahathir ada masalah.

16/11/2015

Hapus JAKIM: Mahathir Makin Jauh Dari Agama


Penulis sesungguhnya sangat sedar bahawa kenyataan Mahathir mengenai pemansuhan JAKIM seperti yang dicadangkan Tawfik Ismail, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail, telah diputar belit portal berita pembangkang.

Kalau baca Utusan, banyak yang Mahathir sebut dan ulas tentang cadangan Tawfik tu, bab yang Mahathir kata rakyat ada pilihan untuk hapuskan JAKIM (seperti diputar belit pembangkang), adalah sebaris.

Tapi itu salah Mahathir sendiri, siapa suruh dia cakap tak pakai otak? Dah tahu dah puak puak ni hanya tunggu macam mana nak putar belit kenyataan dia, lagi nak cakap macam tu, memang kenalah.

Dalam pada itu, meneliti keseluruhan kenyataan Mahathir, nampak sangatlah bahawa Mahathir pada usia nak menghampiri mati ini, dia semakin jauh dari agama.

15/11/2015

Majlis Orang Tua: Mahathir Mengaku, Mahu Perdana Menteri Jadi Lembu Dicucuk Hidung

Akhirnya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad hari ini mengakui mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih tua bagi 'membimbing' perdana menteri dalam menerajui kerajaan.

Dalam erti kata 'Majlis Orang Tua' yang diwujudkan itu akan memastikan tidak lagi bebas membuat sebarang keputusan berhubung hala tuju negara.

Ini kerana setiap tindakan perlu mendapat 'perkenan' dan restu dari 'Majlis Orang Tua' yang diwujudkan itu.

Persoalannya apakah benar 'Majlis Orang Tua' yang ingin diwujudkan itu bertujuan untuk 'membimbing' Perdana Menteri atau bertujuan untuk memastikan Mahathir kembali berkuasa.

14/11/2015

Kenyataan Makan Diri, Tun Mahathir Terkena Pukulan KO

Tun kenalah jawab. Jangan nak suruh Najib jawab saja...

Pasti ramai yang sudah membaca kenyataaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Paling menarik apabila kenyataan Salleh itu seperti memberi satu pukulan maut terhadap Mahathir atau dalam bahasa mudah tumbukan KO.

Mahathir ketika memberikan Simposium Memerangi Rasuah Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, hari ini berkata gaya hidup mewah seseorang merupakan bukti wujudnya salah guna kuasa dan rasuah.

Sekiranya kenyaatan seperti itu boleh dijadikan sebagai asas perundangan, maka Mahathir dan anak-anaknya adalah merupakan suspek utama dalam salah guna kuasa dan rasuah.

Di antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat antaranya sebuah banglow besar yang terletak di atas bukit di The Mines.

Selain daripada itu Mahathir turut dilaporkan memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kei Meng dan sebuah istana mewah di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing.

Itu belum dikira sebuah rumah mewah di Country Height dan Bukti Tinggi yang dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta.

Tapi bak kata Saddiq Sigaragar dalam filem Tiga Abdul itu baru harta-harta di dalam negeri, belum lagi di luar negara.

Mahathir dilaporkan memiliki sebuah mahligai di London yang dibeli atas nama Daim, sebuah istana di Vancouver yang dibeli atas nama Mirzan, sebuah banglow mewah di Florida dan sebuah sebuah ladang kuda (ranch) di Argentina.

Itu baru harta Mahathir, belum lagi dihitung kemewahan yang dimiliki oleh anak-anaknya Mirza dan Mokhzani yang merupakan antara individu paling kaya di Malaysia.

Persoalan dari manakah Mahathir mampu memperolehi kekayaan yang sebegitu banyak?

Sedangkan ketika menjawat jawatan Perdana Menteri gajinya pada ketika itu tidak sampai RM30,000 sebulan.

Sekiranya dia tidak membelanjakan wang gaji tersebut, Mahathir hanya mampu mengumpul RM360,000 setahun dan sekirnya didarabkan dengan angka 10 (anggaran bagi 10 tahun) jumlah hartanya hanya bernilai RM3.6 juta.

Dalam bahasa mudah dengan jumlah gaji tersebut, Mahathir masih tidak mampu mengunmpul harta kekayaan seperti yang dinyatakan tadi.

Kesimpulannya andainya kenyataan Mahathir tadi dijadikan sebagai sandaran ia jelas membuktikan Mahathir, anak-anaknya dan para kroninya adalah bapak segala rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia.

Persoalannya beranikah Mahathir untuk menjawab semua dakwaan tersebut dan sekiranya gagal apakah wajar dia dipenjarakan?



13/11/2015

Bebas Aduan dan Salah Laku Pegawai Penguatkuasa

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.
Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima.
Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.

12/11/2015

KELUARGA TUN M PUN HIDUP MEWAH HASIL DARI RASUAH ???

KUALA LUMPUR, 11 November: Tiada siapa yang akan selamat jika seseorang itu dihukum rasuah hanya disebabkan oleh gaya hidup yang mewah yang mereka tonjolkan, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dalam posting blog miliknya, berhujah bahawa pada akhirnya seseorang itu dianggap bersalah sehingga dan melainkan jika dia boleh membuktikan dia tidak bersalah, semua kerana kereta yang dipandu atau rumah yang didiami.

“JIka inilah bagaimana sistem perundangan sepatutnya berfungsi, maka, Dr Mahathir sendiri sekalipun tidak akan selamat kerana gaya hidup mewah keluarganya yang perlu membuktikan bahawa mereka tidak terbabit dalam rasuah atau ke penjara,” katanya merujuk kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

11/11/2015

Ringgit Turun Lagi, Inflasi Naik, Import dan Eksport Naik

Pejam celik, pejam celik negara Malaysia sudah pun menginjak ke suku keempat 2015 yang tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya.
Sekejap rasanya masa berlalu, tetapi terasa lama apabial berhadapan dengan gelombang kos sara hidup hari ini lebih-lebih di tengah-tengah terasa “perit dan panas terik”.
Sehingga masing-masing terus tercari-cari dan terkejar-kejar tempat berteduh. Hakikatnya ekonomi Malaysia hari ini mencatatkan tempoh suram. Ya…benar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun 2015 ini berada di paras sekitar 5 peratus. Tetapi apa yang rakyat Malaysia dapat dengan angka tersebut?
Perkembangan Ekonomi Malaysia Hari ini?
Berita terkini yang terima melibatkan perkembangan ekonomi Malaysia hari ini menunjukkan beberap data yang baru sahaja dikeluarkan. Antaranya ialah :
*  Eksport Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Terima kasih kepada kelemahan dan kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini. Walaubagaimanapun lonjakan eksport Malaysia meningkat hanya kerana dipacu oleh Industri Elektrik dan elelektronik, sedangkan hakikatnya industri petroleum, sawit dan gas terus jatuh. Semuanya dek kerana permintaan yang lemah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...