Akhirnya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad
hari ini mengakui mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah majlis yang
dianggotai orang yang lebih tua bagi 'membimbing' perdana menteri dalam
menerajui kerajaan.
Dalam erti kata 'Majlis Orang Tua' yang diwujudkan itu
akan memastikan tidak lagi bebas membuat sebarang keputusan berhubung hala tuju
negara.
Ini kerana setiap tindakan perlu mendapat
'perkenan' dan restu dari 'Majlis Orang Tua' yang diwujudkan itu.
Persoalannya apakah benar 'Majlis Orang Tua' yang
ingin diwujudkan itu bertujuan untuk 'membimbing' Perdana Menteri atau
bertujuan untuk memastikan Mahathir kembali berkuasa.
