Tun kenalah jawab. Jangan nak suruh Najib jawab saja...
Pasti
ramai yang sudah membaca kenyataaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Seri Salleh Said Keruak berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Paling
menarik apabila kenyataan Salleh itu seperti memberi satu pukulan maut terhadap Mahathir atau dalam bahasa mudah tumbukan
KO.
Mahathir
ketika memberikan Simposium Memerangi Rasuah Malaysia 2015 di Kuala Lumpur,
hari ini berkata gaya hidup mewah seseorang merupakan bukti wujudnya salah guna
kuasa dan rasuah.
Sekiranya
kenyaatan seperti itu boleh dijadikan sebagai asas perundangan, maka Mahathir dan anak-anaknya adalah
merupakan suspek utama dalam salah guna kuasa dan rasuah.
Di
antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai
tempat antaranya sebuah banglow besar yang terletak di atas bukit di The Mines.
Selain
daripada itu Mahathir turut dilaporkan memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kei Meng dan sebuah istana mewah di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing.
Itu
belum dikira sebuah rumah mewah di Country Height dan
Bukti Tinggi yang dibangunkan oleh Vincent Tan
dengan harga RM21 juta.
Tapi bak
kata Saddiq Sigaragar dalam filem Tiga Abdul itu baru harta-harta di dalam
negeri, belum lagi di luar negara.
Mahathir
dilaporkan memiliki sebuah mahligai di London yang
dibeli atas nama Daim, sebuah
istana di Vancouver yang dibeli atas nama Mirzan, sebuah banglow mewah di Florida dan sebuah sebuah
ladang kuda (ranch) di Argentina.
Itu baru
harta Mahathir, belum lagi dihitung kemewahan yang dimiliki oleh anak-anaknya
Mirza dan Mokhzani yang merupakan antara individu paling kaya di Malaysia.
Persoalan
dari manakah Mahathir mampu memperolehi kekayaan yang sebegitu banyak?
Sedangkan
ketika menjawat jawatan Perdana Menteri gajinya pada ketika itu tidak sampai
RM30,000 sebulan.
Sekiranya
dia tidak membelanjakan wang gaji tersebut, Mahathir hanya mampu mengumpul
RM360,000 setahun dan sekirnya didarabkan dengan angka 10 (anggaran bagi 10
tahun) jumlah hartanya hanya bernilai RM3.6 juta.
Dalam
bahasa mudah dengan jumlah gaji tersebut, Mahathir masih tidak mampu mengunmpul
harta kekayaan seperti yang dinyatakan tadi.
Kesimpulannya
andainya kenyataan Mahathir tadi dijadikan sebagai sandaran ia jelas
membuktikan Mahathir, anak-anaknya dan para kroninya adalah bapak segala rasuah
dan salah guna kuasa di Malaysia.
Persoalannya
beranikah Mahathir untuk menjawab semua dakwaan tersebut dan sekiranya gagal
apakah wajar dia dipenjarakan?