Translate

17/11/2015

‪#‎1MDB‬,‪#‎TTPA‬ dan ‪#‎Bajet2016: Ramai Ahli UMNO Punca Mahathir Tak Datang Sesi Penerangan


Menurut beberapa macainya di media sosial, Mahathir tidak menghadiri sesi penerangan dan soal jawab mengenai beberapa perkara penting seperti 1MDB, TPPA Sabtu lepas, kerana sesi tersebut dihadiri ramai ahli UMNO.

Apa kena mengena ahli UMNO ramai dan Mahathir tak nak datang? Mahathir pun ahli UMNO, apa masalahnya? Mahathir datang perhimpunan haram Bersih yang 100% penyokong tegar Anwar dan bekas pemakinya masa jadi PM dulu, tidak ada masalah pulak, takkan nak datang majlis yang diramaikan ahli UMNO pulak Mahathir ada masalah.


Takkan Mahathir nak majlis tu diramaikan orang pembangkang baru nak datang kot? Itu majlis penerangan bagi yang masih tak terang, disampaikan pulak oleh orang yang betul-betul arif tentang selok belok isu yang nak dibahaskan.

Atau Mahathir sudah tak boleh beza ahli UMNO dengan penyokong Najib? Apa masalah pun kalau ramai penyokong Najib, beliaukan Presiden UMNO, sudah tentulah ada penyokong. Mahathir taknak jadi dilihat jadi penyokong Najib sebab masih ahli UMNO, keluarlah parti.

Jadi kesimpulannya, Mahathir tak datang sebab takut panas hati dan panas telinga. Bimbang di akhir majlis semalam, Mahathir alan ternampak bodoh dan buruk - bukan buruk muka yang kita bincangkan sekarang ini tapi buruk hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...