Translate

16/11/2015

Hapus JAKIM: Mahathir Makin Jauh Dari Agama


Penulis sesungguhnya sangat sedar bahawa kenyataan Mahathir mengenai pemansuhan JAKIM seperti yang dicadangkan Tawfik Ismail, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail, telah diputar belit portal berita pembangkang.

Kalau baca Utusan, banyak yang Mahathir sebut dan ulas tentang cadangan Tawfik tu, bab yang Mahathir kata rakyat ada pilihan untuk hapuskan JAKIM (seperti diputar belit pembangkang), adalah sebaris.

Tapi itu salah Mahathir sendiri, siapa suruh dia cakap tak pakai otak? Dah tahu dah puak puak ni hanya tunggu macam mana nak putar belit kenyataan dia, lagi nak cakap macam tu, memang kenalah.

Dalam pada itu, meneliti keseluruhan kenyataan Mahathir, nampak sangatlah bahawa Mahathir pada usia nak menghampiri mati ini, dia semakin jauh dari agama.


Kalau ada agama, Mahathir sepatutnya mempertahankan JAKIM at all cost, bukan lagi bercakap "di tengah-tengah" - JAKIM boleh dihapuskan kalau rakyat mahu ia dihapuskan.

Kepentingan JAKIM kepada orang Islam negara ini sangat besar, tidak ada siapa yang terfikir mahu ia dimansuhkan, Mahathir patut pertahankan itu.

Yelah, kita tahu kebelakangan ini Mahathir sudah tidak begitu ambil peduli dosa dan pahala (seperti memfitnah Perdana Menteri) sehingga tak endah peranan JAKIM, tapi itu dia - yang tinggal entah berapa lama lagi hidup di muka bumi ni. Orang Islam di negara ni masih memerlukan JAKIM terutama dalam bab halal haram. Sumbe: Balqis Sheikh

Semoga Mahathir sempat bertaubat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...