SHAH ALAM: Penceroboh bersenjata Sulu dilaporkan tidak mengendahkan amaran untuk menyerah diri sebaliknya bersedia menghadapi serangan anggota keselamatan Malaysia.
Kumpulan yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram mengisytiharkan beliau dan pengikutnya akan berjuang sehingga mati demi mempertahankan tuntutan mereka terhadap Sabah.
Pasukan keselamatan Malaysia pada semalam telah mengedarkan risalah kali ke-2 dengan memberi amaran supaya menyerah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada penceroboh terbabit.