Translate

Memaparkan catatan dengan label Komando 69. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komando 69. Papar semua catatan

02/03/2013

10 penceroboh Sulu dilaporkan serah diri

Post Pic
KUALA LUMPUR: Sepuluh orang penceroboh Sulu telah menyerah diri berikutan pertempuran sengit dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu hari ini, Duta Malaysia ke Filipina dilaporkan berkata.
 
Portal berita ABS-CBN News juga memetik duta Malaysia itu, Mohammad Zamri Mohammad Kassim sebagai berkata kepungan di Kampung Tanduo sudah berakhir.
 
“Duta itu berkata kepungan di sana sudah berakhir,” jurucakap Hal Ehwal Luar Filipina Raul Hernandez berkata hari ini.
 
Portal berita The Philippine Daily Inquirer juga memetik Hernandez sebagai berkata bahawa Mohammad Zamri telah menemui Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan beliau mengenai perkembangan terbaru itu.

Pencerobohan Di Lahad Datu - Anwar Ibrahim perlu dipersalahkan ???

Dua anggota Komando Vat 69 yang terkorban - Al Fatihah
KUALA LUMPUR 1 Mac - Jenazah dua anggota komando polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, diterbangkan ke ibu negara malam ini.

Penerbangan itu dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini, pada kira-kira 11.30 malam, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof kepada Bernama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...