Translate

02/03/2013

10 penceroboh Sulu dilaporkan serah diri

Post Pic
KUALA LUMPUR: Sepuluh orang penceroboh Sulu telah menyerah diri berikutan pertempuran sengit dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu hari ini, Duta Malaysia ke Filipina dilaporkan berkata.
 
Portal berita ABS-CBN News juga memetik duta Malaysia itu, Mohammad Zamri Mohammad Kassim sebagai berkata kepungan di Kampung Tanduo sudah berakhir.
 
“Duta itu berkata kepungan di sana sudah berakhir,” jurucakap Hal Ehwal Luar Filipina Raul Hernandez berkata hari ini.
 
Portal berita The Philippine Daily Inquirer juga memetik Hernandez sebagai berkata bahawa Mohammad Zamri telah menemui Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan beliau mengenai perkembangan terbaru itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...