PUTRAJAYA - Berhubung laporan media yang mendakwa rasuah kembali mencemari persaingan Piala Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memantau perkembangan tersebut dengan dekat, dan berharap mana-mana pihak yang ada maklumat wujudnya rasuah agar memberi kerjasama dengan melaporkan kepada SPRM untuk diambil tindakan sewajarnya.
SPRM akan menyiasat mana-mana kes yang ada unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
SPRM juga ingin memberi jaminan akan memberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kepada mana-mana pihak yang memberi maklumat mengenai isu ini. Dan, sekiranya kes rasuah bola sepak ini dibawa ke mahkamah, SPRM juga akan memastikan saksi-saksi terbabit turut diberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.