Syiah agenda Yahudi melumpuhkan Islam?
Syiah di peringkat global kini telah menjadi satu agenda Yahudi untuk melumpuhkan kesatuan dan kekuatan Islam. Yahudi berselindung di sebalik Syiah kerana fahaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Permainan Yahudi terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya.
AMMAN 21 Ogos - Ketika dunia tertumpu kepada pergolakan di Mesir, Syria hari ini digegarkan dengan kejadian pembunuhan 'senyap' besar-besaran dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,300 kematian.
Lebih menyedihkan, serangan dipercayai menggunakan gas saraf itu dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi tidak berdosa.
Menurut kumpulan aktivis, pasukan tentera Syria melancarkan roket yang dilengkapi dengan gas saraf ke beberapa kawasan pinggir bandar termasuk Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.
Keadaan semua mayat mangsa yang seolah-olah sedang nyenyak tidur tanpa titisan darah, menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka maut akibat terhidu bahan kimia.
Sekiranya laporan tersebut disahkan benar, tragedi terbaharu itu merupakan insiden terburuk sejarah kemanusiaan berhubung penggunaan senjata kimia dalam perang saudara yang telah berlanjutan selama dua tahun di Syria.
Terdahulu, seorang jururawat di sebuah hospital, Bayan Baker berkata, jumlah kematian akibat serangan itu adalah sebanyak 650 orang.
"Kebanyakan mangsa korban adalah wanita dan kanak-kanak.
"Kesemua mayat mangsa mengalami tanda-tanda terkena gas saraf iaitu salur darah mengembang, kaki sejuk dan mulut berbuih," katanya.
Serangan itu berlaku ketika sepasukan pegawai pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Syria bagi melakukan siasatan terhadap dakwaan tentera negara itu menggunakan senjata kimia ketika bertempur dengan pemberontak.
Seorang anggota majlis perbandaran Ain Tarma, Khaled Omar berkata, dia melihat sekurang-kurangnya 80 mayat diletakkan di Hospital Hajjah dan di sebuah sekolah yang dijadikan klinik.
"Serangan itu berlaku pada pukul 3 pagi (8 pagi waktu Malaysia).
"Amat menyedihkan apabila kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.
Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah sebelum ini percaya kerajaan Assad pernah menggunakan gas beracun termasuk gas sarin untuk menentang kumpulan pemberontak. - REUTERS