Setiap unit yang bertindak untuk membenteras JENAYAH KEKERASAN dan DADAH, jangan ada "GAP" perlu bersatu dalam melaksanakannya. Jangan kerja ikut "DAFTAR TUGAS" saja.
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan semua nama pertubuhan kongsi gelap kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya terpaksa melakukan demikian bagi menunjukkan pihak polis bersungguh membanteras jenayah di negara ini.
"Kita akan umumkan pertubuhan haram yang menjalankan aktiviti jenayah melalui media tidak lama lagi.
"Pada masa sama, masyarakat juga harus bertindak dengan polis untuk membanteras jenayah, apa yang dilakukan pihak polis bukan sekadar didokong masyarakat semata tetapi perlu turut disertai masyarakat," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega, di Putrajaya, sebentar tadi.
Sementara itu, seramai 1,911 ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di seluruh negara menerusi Op Cantas pada 23 hingga 25 Ogos lalu termasuk 30 daripadanya ahli kongsi gelap yang terbabit dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Noor Rashid Ibrahim.