KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Kuih Bulan yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 19 September depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengedarkan tanglung khas secara percuma untuk peminatnya menerusi laman Facebooknya 'Ah Jib Gor' mulai hari ini.
"Sempena menyambut perayaan tradisional yang bermakna ini, kami telah mereka bentuk tanglung khas dan akan mengedarkannya secara percuma," menurut kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan melalui laman Facebook itu.
Setiap peminat hanya boleh mendapatkan dua Tanglung. Peminat-peminat hanya perlu mengisi butiran peribadi seperti nama penuh, alamat rumah serta e-mel pada ruangan yang disediakan di laman berkenaan.