Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa jua undang-undang di negara ini tidak perlu dipinda sekiranya ianya masih dilihat mementingkan kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri berkata apa jua undang-undang yang dilihat masih menjaga kepentingan rakyat di negara ini perlu dikekalkan.
"Apa pun undang-undang, dibuat atas kepentingan masyarakat, kalau kepentingan masyarakat mengatakan undang-undang itu masih wajar dikekalkan, jadi kita takkan pindalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihsan Samudera, di sini, Sabtu.