Translate

20/01/2012

PUAK-PUAK PEMBANGKANG TAK SENANG DUDUK - SKIM SARA 1 MALAYSIA


Konsep 1Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak jelas membantu rakyat dan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN" itu semakin jelas terlaksana dengan pelancaran SKIM SARA 1MALAYSIA yang akan di maafaatkan kepada 100,000 isi rumah berpendapat rendah dari pelbagai golongan.

YAB Perdana Menteri turut menyatakan, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman yang akan di beri melalui bank yang mengambil bahagian iaitu maybank, RHB Bank, CIMB Bank dan BSN.lihat di sini

Lebih menarik lagi pelabur akan menerima pendapatan secara bulanan iaitu sebanyak RM 134.00 sebulan tetapi jika membuat pinjaman sebanyak RM 5000.00 pelabur tetap akan memperolehi pulangan sebanyak RM 50.00 setelah di tolak bayaran pinjaman.

Jika ini puak-puak pembangkang tidak sokong tak tahulah nak kata apa tetapi percayalah akan ada wakil dari mana-mana parti pembangkang akan menyatakan skim ini HARAM sama macam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)..... Ha..haa..haaa.. rupa-rupanya malu...malu...malu... nak ambil....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...