Dari Abi Said Al Khudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah s.a.w. dan baginda sedang membahagi-bahagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berlaku adillah!” Bersabda Rasulullah s.a.w. “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika aku tidak berbuat adil? Nescaya aku akan celaka dan binasa jikalau tidak berlaku adil.” Berkata Umar bin Khattab, “Wahai Rasulullah! Izinkan aku memenggal lehernya.” Bersabda Rasulullah s.a.w., “Biarkanlah dia.
Sesungguhnya dia mempunyai banyak teman, di rnana dianggap remeh solat di antara kamu semua berbanding solat mereka, puasa kamu semua berbanding puasa mereka, mereka membaca Al-Quran tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” (HR. Bukhari dan Muslim)
“Pada hari Hunain, Rasulullah s.a.w. mengutamakan sebahagian manusia dalam pembagian ghanimah. Baginda memberikan Al?Aqra bin Habis Al?Handhaly 100 unta, memberikan Uyainah bin Badrul Fijary dengan jumlah yang serupa dan memberikan kepada para pembesar Arab, baginda mengutamakan mereka dalam pembahagian. Maka berkata salah seorang, “Demi Allah, pembahagian ini tidak adil dan tidak bertujuan untuk mencari ridha Allah!” (HR. Muslim)