Saya merasa terpanggil untuk menulis beberapa aspek tentang sejarah penubuhan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sebagai respons terhadap beberapa tanggapan sinis terhadap gagasan tersebut.
Sangat memeranjatkan apabila tanggapan sedemikian rupa datangnya daripada mereka yang mengaku sebagai aktivis gerakan Islam, dan membiarkan sikap taksub pada politik kepartian mereka menafikan peranan PEMBELA sebagai rangkaian perjuangan umat Islam di Malaysia serta gagasan murni yang melangkaui sebarang kepentingan politik kepartaian demi mempertahankan kesejahteraan aqidah umat Islam.
Jelas kedapatan beberapa kenyataan yang tidak bersifat objektif serta emosional terhadap tulisan Hj. Zainur Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di dalam akhbar Berita Harian (Isnin, 24 Januari 2011) tentang keperluan untuk mewujudkan semula PEMBELA sebagai rangkaian alternatif NGO Islam dalam memperjuangkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Fakta-fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan pada kupasan kes Murtad Azlina Jailani (Lina Joy) yang dibincang di hadapan peguam-peguam Muslim Malaysia dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat tersebut, serta berdasarkan pada kupasan kes yang telah dibentang dan dibincangkan bersama rakan-rakan peguam Muslim di sepanjang berlangsungnya kes perbicaraan Azlina Jailani tersebut.
Oleh Azril Mohd Amin
Baca seterusnya disini: http://www.anwaraidc.com/?p=5264