AIDCNews -28/01/11 – Kami warga AIDC terkejut dengan penafian bertalu-talu di twitter dan laman milik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan berita CNN bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda”, Nic Robertson, January 27, 2011. Klik di sini
Laporan dari CNN itu telah dipetik oleh The Malaysian Insider(TMI) dan dijadikan berita bertajuk “Muslim group with ties to Anwar accused of terror connections”. Klik di sini
Kemudian di laman anwaribrahimblog, Anwar mengeluarkan kenyataan melalui Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi, meminta Malaysian Insider membetulkan laporannya yang didakwa telah mengelirukan.
“Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.
Kami di AIDC tertanya-tanya, jika benar laporan CNN ‘tidak pernah mengaitkan Anwar dengan organisasi pengganas’ kenapa nama Anwar Ibrahim ditulis dua kali di bawah kerangka besar ‘Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda’ ?
Kenapa Anwar begitu takut dikaitkan dengan organisasi pengganas, lantas menuntut TMI memohon maaf dan membetulkan kesilapan kepada Anwar ?
Apakah maksud sebenar laporan CNN berikut :
“The nine-page summary of the secret report states that the Muslim Brotherhood, an Islamist political group present in many Muslim countries, was trying “through its many affiliated charities and organizations — often with the funding of unwitting private Saudi citizens — to spread its influence by providing support for candidates in Islamic democracies.” – CNN
Apakah laporan TMI yang dikatakan silap itu adalah petikan berikut :
Jika itu yang dimaksudkan Anwar, kenapa Ketua Umum itu boleh terlibat sebagai pengasas dan Ahli Lembaga Pengarah ‘Muslim Brotherhood’ yang berpengkalan di Virginia, Amerika Syarikat, International Institute of Islamic Thought (IIIT) ? Klik di sini sini di sini
Kenapa Anwar yang bukan warganegara Amerika Syarikat boleh menjadi pengasas sebuah ‘organiasasi yang berpengkalan di Virginia’, Amerika Syarikat sejak dari tahun 1981 ? Apa istimewanya Anwar ketika itu, sekadar Presiden ABIM ? Klik di sini, di sini, di sini di sini
Hari ini sahaja, selain kenyataan Nik Nazmi Anwar sendiri mengeluarkan dua kenyataan berkaitan dengan respon terhadap artikel CNN itu. Persoalannya kenapa ? Klik di sini dan di sini
Apa kaitan kenyataan media, Radwan Masmoudi, President of the Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) dan Emad El-Din Shahin, Professor of Religion, Conflict and Peacebuilding dengan Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pakatan Pembangkang di Malaysia sehingga kenyataan media itu disiarkan di laman Anwar ?
Sama-samalah kita mencari jawapan di sebalik semua misteri ini…