Translate

24/01/2011

Belasah lelaki hingga mati: Polis tahan 7 suspek

KOTA BHARU - Polis menahan tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang lelaki yang dibelasah beramai-ramai Jumaat lepas kerana dituduh mencuri getah beku di Kampung Banat Hilir, Rantau Panjang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Mazlan Lazim berkata, semua suspek yang ditahan itu merupakan penduduk kampung berhampiran yang berumur antara 25 dan 59 tahun.
Beliau berkata, mereka ditahan secara berasingan sejak petang kejadian sehingga malam tadi, dan enam suspek kini ditahan reman sehingga 28 Januari manakala seorang lagi akan direman hari ini.
"Enam daripada mereka merupakan penduduk Kampung Gual Periok manakala seorang lagi adalah penduduk Kampung Bakat Hulu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan Bagi Bulan Januari 2011, di sini hari ini. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...