Translate

07/04/2015

RAFIZI IKUT ANWAR KE PENJARA SUNGAI BULOH ???


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berhubung tuduhan mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu National Feedlot Corporation (NFC).

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel lima anggota, memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang  kuasa untuk mendengar rayuan Mohd Rafizi kerana kes itu berasal dari Mahkamah Sesyen.

NAK SALAHKAN PENERIMA ATAU AGENSI BERKAITAN ???

Penerima dapat BR1M lebih sekali


KUALA LUMPUR – Seramai 6,577 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 membuat penunaian lebih sekali membabitkan RM3.34 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 yang dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.
Menurut laporan itu, sehingga 31 Disember 2014, seramai 4,806 penerima yang membuat penunaian lebih daripada sekali masih belum membuat bayaran balik kepada Kementerian Kewangan.

05/04/2015

SUDAH JELAS HADI AKAN SINGKIRKAN !!!

Husam Akui Dalam Dilema Tanding Jawatan No.1

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui dirinya kini dalam dilema dengan keputusan beberapa PAS kawasan yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden PAS pada pemilihan parti itu akan datang.

Husam berkata pada masa yang sama beliau perlu memikirkan perasaan dan hak anggota parti yang telah membuat pencalonan itu walaupun dirinya masih berbelah bahagi untuk memberikan kata putus.

JANGAN LUPA KETENTUAN ALLAH S.W.T. AL-FATIHAH.....

PETALING JAYA: Bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Ahad.

Berita berkenaan dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi akaun Facebook peribadinya.

"Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Jangkaan setakat ini pengebumian di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, selepas Zohor, InsyaAllah.

"Kali pertama Anwar dipenjara beliau diuji dengan pemergian ibunda beliau dan juga pemergian ustaz (Datuk) Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan pemergian Datuk Nik Abdul Aziz dan kini, ayahanda beliau," demikian tulis Dr Wan Azizah.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

03/04/2015

PUNCA KEPINCANGAN PENTADBIRAN NAJIB KERANA ROSMAH ATAU ???


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ahli dan pemimpin Umno perlu menyedari hakikat tersebut dan BN akan kalah pada PRU14 akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus memimpin parti itu.

Beliau berkata, rakyat Malaysia didakwa sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri apabila banyak tuduhan yang dilemparkan gagal dijawab dengan baik.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.

02/04/2015

GUGUR NYA PAHLAWAN LGBT BUKAN GST ???

Pemimpin Pembangkang Buat-Buat Terkejut !!!
KUALA LUMPUR: Pimpinan pakatan pembangkang terkejut dengan pengisytiharan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seolah-olah tidak bersedia dengan perkembangan terbaharu itu, wakil rakyat pembangkang mahu semua pihak memberi ruang kepada kepimpinan tertinggi parti untuk menentukan tindakan susulan berhubung perkara itu.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi merancang langkah yang perlu diambil, termasuk calon yang akan diberi tanggungjawab mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

01/04/2015

GST: Boikot Syarikat Telekomunisi


Pihak telekomunikasi sepatutnya mengekalkan harga jualan kad prabayar

KUALA LUMPUR, 1 April:  Orang ramai hari ini bingung dan berang apabila pembelian kad tambah nilai pengguna perkhidmatan prabayar dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Mereka dilihat membuat aduan mengenai perkara tersebut di laman Twitter GST Malaysia Info dengan menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Mozas My berkata caj yang dikenakan tersebut adalah terlalu keterlaluan.

“Mungkin saya akan boikot syarikat telekomunisi selepas ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...