Penerima dapat BR1M lebih sekali
KUALA LUMPUR – Seramai 6,577
penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 membuat
penunaian lebih sekali membabitkan RM3.34 juta, demikian menurut Laporan Ketua
Audit Negara 2014 Siri 1 yang dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat di sini
semalam.
Menurut laporan itu, sehingga 31
Disember 2014, seramai 4,806 penerima yang membuat penunaian lebih daripada
sekali masih belum membuat bayaran balik kepada Kementerian Kewangan.
