Translate

07/04/2015

NAK SALAHKAN PENERIMA ATAU AGENSI BERKAITAN ???

Penerima dapat BR1M lebih sekali


KUALA LUMPUR – Seramai 6,577 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 membuat penunaian lebih sekali membabitkan RM3.34 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 yang dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.
Menurut laporan itu, sehingga 31 Disember 2014, seramai 4,806 penerima yang membuat penunaian lebih daripada sekali masih belum membuat bayaran balik kepada Kementerian Kewangan.

Sejumlah RM2.09 bilion diagihkan kepada 4.2 juta orang penerima BR1M pada 2012, RM2.83 bilion kepada 6.8 juta penerima BR1M (2013) dan RM3.64 bilion lagi kepada tujuh juta penerima BR1M (2014).
“Kementerian Kewangan mengeluarkan surat peringatan kepada sebilangan kecil individu yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tindakan menyenaraihitamkan nama penerima terlibat akan diambil jika masih tidak mengembalikan lebihan berkenaan,” kata laporan itu lagi.
Selain itu, pengagihan bagi Fasa 2 BR1M 2014 tidak lagi menggunakan baucar, sebaliknya surat kelulusan berserta slip akuan penerimaan yang mengandungi ciri keselamatan antipenyalinan.
Laporan itu juga mengesyorkan Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri memperkemas prosedur operasi standard yang disediakan dan menggunakan surat kelulusan BR1M bagi mengelak berulangnya kes penunaian BR1M lebih daripada sekali.
“Secara keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati, pengurusan program BR1M memuaskan bagi BR1M 2012 dan 2013, manakala BR1M 2014 pula berprestasi baik.
“Kadar penunaian lebih daripada sekali semakin berkurangan hasil penambahbaikan yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan,” ujar laporan tersebut. – Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...