Translate

22/11/2013

ANGAN-ANGAN MAT JENIN BERKUMANDANG DI MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KE 54


PETALING JAYA - Pemuda Pas bakal mengagaskan program anak muda ke Putrajaya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu disuarakan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucaptama di Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Pemuda Pas turut menyasarkan peningkatan sokongan undi anak muda dalam PRU14 kelak.

"...untuk mengagaskan satu program anak muda ke Putrajaya untuk PRU14.

"Dengan sasaran ditingkatkan 15 peratuslagi ke 20 peratus undi anak muda di setiap Dun dan Parlimen dalam negara kita ini," katanya.

Dalam ucapan sama, beliau menyentuh soal pemilihan Pemuda yang bakal berlangsung esok.

"Saya tidak mahu pemilihan dalam muktamar kali ini merosakkan hubungan dan ukhwah sesama kita.

"Apa yang lebih penting, tidak mengganggu agenda yang kita gariskan sejak lama.

"Saya tidak mahu pemilihan kali ini merancakkan fitnah antara satu sama lain," katanya.

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH : Transformasi SPRM bawa impak positif

Transformasi SPRM bawa impak positif

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibentuk Januari 2009, sedang melalui perubahan besar dari segi polisi dan strategi bagi memperkasakan usaha memerangi rasuah dengan cekap dan berkesan. 


Perubahan itu antara lain menyumbang kepada peningkatan berterusan dari segi kadar sabitan kes dibicarakan sejak 2009. 

“Terima kasih kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP), Jabatan Peguam Negara dan program transformasi SPRM. Kita sudah mencapai kadar sabitan 71 peratus pada 2010 berbanding 54 peratus pada 2009, 75 peratus pada 2011 dan diikuti 85 peratus pada tahun lalu,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Abu Kassim menyerahkan Laporan Tahunan 2012 SPRM kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) pada 6 November 2013 selaras dengan Akta SPRM 2009. 

Jelas Abu Kassim, pencapaian kadar sabitan 85 peratus tahun lalu menunjukkan paras itu lima peratus lebih berbanding piawaian ditetapkan badan antarabangsa untuk pencapaian terbaik. 

Di bawah program transformasi yang memfokus usaha merangka pelan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan usaha memerangi rasuah, SPRM menggariskan perubahan persepsi masyarakat ke arah positif sebagai antara elemen penting. 

Pelan berkenaan menetapkan tiga segmen iaitu pengurusan sistem dalam keberkesanan siasatan, pengurusan sistem dalam pencegahan dan pendidikan serta pembangunan modal insan.

KLIK SINI untuk artikel selanjutnya

POLITIK AL-JUBURI SEMAKIN DIPENGHUJUNG ????


KALAU MENANG AL-JUBURI HANDAL, TAPI KALAH...KONSPIRASI UMNO !!!

SHAH ALAM – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjangkakan keputusan itu.

Melalui laman mikro Twitternya, Anwar berkata, “Mahkamah Persekutuan: Seperti dijangka mengekalkan perlantikan Shafie Abdullah (yang selama ini dikenali sebagai Peguam Umno) pendakwa (dalam rayuan terhadap saya).

Ogos lalu, pasukan peguam yang mewakili Anwar memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.

21/11/2013

PAS PERLU JAWAB PENOLAKAN Persatuan Peranakan Cina Kelantan

Law Awang

KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang mendakwa masih ramai dalam kalangan bukan Islam tidak bersetuju pelaksanaan hukum hudud jika ia melibatkan lain-lain kaum.

Katanya, Kelantan mempunyai masyarakat majmuk dan hudud tidak sepatutnya dilaksanakan kepada kaum bukan Islam.

“Sekarang kalau mahu melaksanakan hukum hudud, ia melibatkan agama lain. Kita tidak setuju tetapi jika dilakukan untuk agama Islam sahaja, kita tidak membantah.

“Dalam masyarakat majmuk, kita tidak boleh buat begitu (hudud) kerana apabila ia lulus, ia boleh melibatkan orang lain termasuk bukan Islam secara automatiknya kerana kita berada di Kelantan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Dengan mengambil beberapa contoh syarat yang dikenakan di negeri ini termasuk pembinaan rumah kedai yang diwajibkan berbumbung bentuk kubah masjid, Law Awang berkata, kebiasaannya semua syarat yang diluluskan wajib dipatuhi semua kaum di negeri ini.

“Kita perlu timbang masyarakat majmuk di Malaysia. Beberapa perkara tidak boleh diimplementasikan di negara ini,” katanya.

KLIK LAGI DISINI

MUDA-MUDA DAH KURANG AJAR ???

Adun Semambu Diminta Tarik Balik Kenyataan 'Bajet Palsu' Atau Berdepan Tindakan


KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Lee Chean Chung bahawa Bajet 2014 Pahang dibentangkan Isnin lepas adalah "bajet palsu" amat keterlaluan.
Beliau mahu Adun PKR itu menarik balik kenyataannya itu atau bakal berdepan tindakan.
"Sepatutnya Adun Semambu bercakap berdasarkan fakta dan setiap bajet yang dibentangkan adalah berdasarkan anggaran yang mengambil kira semua sumber kewangan.
"Justeru, saya mahu Adun Semambu menarik semula kata-kata itu, jika tidak, kita akan bawa perkara ini kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN Pahang serta mencadangkan usul supaya dikenakan tindakan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini Khamis.

18/11/2013

Peguam Negara terlibat Dengan Ejen CIA ???


KUALA TERENGGANU – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Terengganu membuat satu laporan polis berhubung dakwaan berkaitan wujudnya tuduhan bahawa peguam negara mempunyai kaitan dengan ejen CIA.

Penyelarasnya, Ahmad Rafzi Ramli berkata, laporan yang dibuat serentak dengan SAMM di seluruh negeri itu turut menggesa supaya siasatan dilakukan serta mengambil serius terhadap perkara yang membabitkan soal keselamatan negara.

“Kita menggesa pihak polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan serius ke atas wujudnya tuduhan bahawa peguam negara terkait dengan ejen CIA.

16/11/2013

PENGGUNA PERLU TAHU - STESEN MINYAK MENIPU ???


Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.

RM10 — 4.762 Liter

RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 51.905 Liter
RM150 — 61.905 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 — 95.238 Liter


Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.

Jika anda dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera, agar tindakan dapat dilakukan.

Sebarkan!

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...