KUALA TERENGGANU – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Terengganu
membuat satu laporan polis berhubung dakwaan berkaitan wujudnya tuduhan bahawa
peguam negara mempunyai kaitan dengan ejen CIA.
Penyelarasnya, Ahmad Rafzi Ramli berkata, laporan yang dibuat serentak
dengan SAMM di seluruh negeri itu turut menggesa supaya siasatan dilakukan
serta mengambil serius terhadap perkara yang membabitkan soal keselamatan
negara.
“Kita menggesa pihak polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan
serius ke atas wujudnya tuduhan bahawa peguam negara terkait dengan ejen CIA.
“Ini merupakan satu perkara yang serius kerana di bawah peguam negara
dimaksudkan banyak penyelewengan telah berlaku yang merugikan negara dan ini
mungkin berlaku kerana dia terlibat selaku ejen negara asing,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis pada jam 3 petang
di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Sebelum ini, Mahathir mendedahkan terdapat ejen CIA bekerja di pejabat peguam negara dan laporan tersebut disiarkan The Malaysian Insider pada 6 November lalu bahawa Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum ini, Mahathir mendedahkan terdapat ejen CIA bekerja di pejabat peguam negara dan laporan tersebut disiarkan The Malaysian Insider pada 6 November lalu bahawa Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam masa sama, Ahmad Rafzi menggesa pihak berkuasa menahan dan
menyiasat peguam negara berdasarkan dakwaan yang telah dibuat sebelum ini, di
samping turut menyiasat Mahathir jika peguam negara tersebut tidak terlibat.
“Kenyataan Tun yang dibuat mengenai perkara itu boleh mengganggu-gugat
keamanan dalam negara,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan berhubung
perkara sama yang akan diadakan secara besar-besaran di Balai Polis Dang Wangi
sekiranya pihak berkuasa menganggap perkara itu sebagai kes terpencil.
Sumber:sinarharian