KALAU MENANG AL-JUBURI HANDAL, TAPI KALAH...KONSPIRASI UMNO !!!
SHAH ALAM – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan
Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes
dakwaan liwat.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjangkakan
keputusan itu.
Melalui laman mikro Twitternya, Anwar berkata, “Mahkamah Persekutuan:
Seperti dijangka mengekalkan perlantikan Shafie Abdullah (yang selama ini
dikenali sebagai Peguam Umno) pendakwa (dalam rayuan terhadap saya).
Ogos lalu, pasukan peguam yang mewakili Anwar memfailkan usul di
Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.
Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan
pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat
bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di unit Kondominium Desa
Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun
2008.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, daripada
pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.