KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang
mendakwa masih ramai dalam kalangan bukan Islam tidak bersetuju pelaksanaan
hukum hudud jika ia melibatkan lain-lain kaum.
Katanya, Kelantan mempunyai masyarakat majmuk dan hudud tidak sepatutnya
dilaksanakan kepada kaum bukan Islam.
“Sekarang kalau mahu melaksanakan hukum hudud, ia melibatkan agama lain.
Kita tidak setuju tetapi jika dilakukan untuk agama Islam sahaja, kita tidak
membantah.
“Dalam masyarakat majmuk, kita tidak boleh buat begitu (hudud) kerana
apabila ia lulus, ia boleh melibatkan orang lain termasuk bukan Islam secara
automatiknya kerana kita berada di Kelantan,” katanya ketika diminta mengulas
mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.
Dengan mengambil beberapa contoh syarat yang dikenakan di negeri ini
termasuk pembinaan rumah kedai yang diwajibkan berbumbung bentuk kubah masjid,
Law Awang berkata, kebiasaannya semua syarat yang diluluskan wajib dipatuhi
semua kaum di negeri ini.
“Kita perlu timbang masyarakat majmuk di Malaysia. Beberapa perkara
tidak boleh diimplementasikan di negara ini,” katanya.
KLIK LAGI DISINI
KLIK LAGI DISINI