KUALA LUMPUR - Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat
walaupun Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti itu
mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan dalam Pakatan
Rakyat perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan
parti itu di mata rakyat.
"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat
sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.