KUALA LUMPUR - Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat
walaupun Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti itu
mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan dalam Pakatan
Rakyat perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan
parti itu di mata rakyat.
"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat
sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung
kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, khususnya dengan PKR.
Resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia minggu lalu antara lain mencadangkan
supaya tahaaluf siyaasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan
pembangkang khususnya PKR disemak semula.
Resolusi itu turut menegaskan, semakan semula hendaklah dilaksanakan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat melalui kuasa yang ada bagi menjaga maslahah serta membendung dan menghalang mafsadah syariah.
Resolusi itu turut menegaskan, semakan semula hendaklah dilaksanakan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat melalui kuasa yang ada bagi menjaga maslahah serta membendung dan menghalang mafsadah syariah.
Mengulas sama ada Pas bersedia untuk mengkaji semula tahaaluf siyaasi
kerana kononnya menjadi sebab kemerosotan undi terhadap Pas pada PRU13 yang
lalu, beliau bagaimanapun menafikannya.
Tambah Ahli Parlimen Marang itu, jika kemerosotan undi dijadikan penanda
aras kekuatan sesebuah parti, BN lebih mengalami kemerosotan undi pada pilihan
raya umum lalu.
“Tahaaluf siyaasi bukan penyebabnya. Pas dapat meningkatkan undi di
Selangor. Dari tiga exco kepada empat exco dan dari lapan kerusi kepada 15
kerusi.
"Begitu juga di Terengganu. Kita juga dapat tambah kerusi di
Melaka, juga Johor,” katanya.
Tambah beliau, kalau nak tengok undi merosot, BN lagi merosot undinya di
Terengganu, Selangor dan Johor.