Translate

25/12/2012

Banjir Buruk Di Kuantan, Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu Terus Meningkat

KUANTAN: Hujan yang turun pada awal pagi lebih daripada lima jam telah menyebabkan Kuantan dilanda salah satu daripada banjir terburuk dalam beberapa dekad ini dan menjadikan bandar ini mengalami kesesakan jalan raya di jalan-jalan utama yang dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Pada Isnin, lebih 300 penduduk dari beberapa kawasan di bandar Kuantan terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat bantuan.
Di sesetengah kawasan, kereta telah terkandas dan menyaksikan kesesakan lalu lintas yang serius di Kuantan.

Video Eksklusif Ahli PAS Sendiri Mengaku Kafirkan UMNO!


Pendedahan Buku Kafirkah Aku? menyebabkan ramai ahli Pas membuat pengakuan pernah mengkafirkan orang UMNO dan menjadi perpecahan di kalangan orang Islam.
Pengakuan daripada Khaled Mohamad yang pernah memegang jawatan sebagai AJK PAS Dun Jabi, Setiu Terengganu ini membuktikan bahawa Amanat Haji Hadi ini pernah menyebabkan ramai Ahli PAS sanggup mengkafirkan anak-beranak dan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Wakil Rakyat PAS Gila Bini Orang ???

Kisah benar ini telah dilaporkan oleh malaysia-instinct sepertimana berikut: 

selesai cerita skandal Adun Pas Selising dengan bini Ketua Cawangan Pas yang kena tangkap dalam gerabak keretapi, kini MI tunaikan cerita lagi seorang Adun Pas Kelantan, kali ini kisah agak berbeza, bukan Isteri orang yang turut menggila laki orang tapi bagaimana Adun Pas ini menabur kemewahan $$$ agar isteri orang yang cantik ini merangkak datang berzina dengannya.

24/12/2012

Guan Eng Tak Usah Tegak Benang Basah, DAP Memang Parti Rasis


BERPELUH Guan Eng menjelaskan kepada rakyat Malaysia ini kenapa parti DAP yang sering dicanangkannya parti pelbagai kaum, tidak ada seorang pun wakil Melayu dan bangsa-bangsa lain di dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti tersebut yang dipilih perwakilan dalam kongresnya baru-baru ini.

Kononnya kata Guan Eng, DAP tidak berkuasa menentukan hak perwakilan untuk membuat pilihan pemimpin dari mana yang perlu dipilih ke jawatan tersebut kerana ia ditentukan perwakilan.

23/12/2012

396 ahli Pas Semerak keluar parti, sertai UMNO

PASIR PUTEH 20 Dis. - Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.

Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas.

"Kami mula terpengaruh dengan amanat Haji Hadi yang disampaikan oleh penceramah Pas menerusi masjid dan kempen pilihan raya dalam tempoh 30 tahun lePas," kata Che Ngah yang juga bekas anggota Pemuda Pas Tahan Lasak pada satu majlis penerangan Amanat Haji Hadi di Kampung Lembah di sini, hari ini.

22/12/2012

Dr Mahathir: Orang Islam lemah kerana terlalu bergantung kepada orang lain

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebab utama orang Islam lemah ialah kerana mereka tidak boleh mempertahankan diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain.

"Mereka juga mengabaikan pengetahuan seperti matematik, sains, seni bina dan teknologi yang diperlukan oleh agama.

21/12/2012

USTAZAH MEE SEGERA BERGELAR ANAK SYAITAN ???

Tidak Cukup Malukan Diri, Abby Abady Malukan Ibunya Pula?


Saya agak terkejut dengan perlakuan “ostazah segera” PAS, Abby Abadi yang baru-baru ini melalak lagi di laman sosial Facebook mengenai kontroversi keningnya yang dicukur sehingga menjadi buah mulut ramai pihak yang mempersoalkannya.

Paling memalukan, Abby berkata…

20/12/2012

Rasuah Tanah Untuk Jawatan MB Perak - Pelik Tapi Benar

nik_aziz_korup
PENULIS sebetulnya panas hati dengan SPRM Kelantan yang tanpa segan silu menunjukkan sikap berat sebelah dalam menyiasat salah laku dan penyelewengan melibatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz dan ahli keluarganya sebelum ini.

Dalam beberapa kes sebelum ini, ada banyak laporan, bukti dan dokumen diserahkan sebelum ini, tetap jawapan dihujungnya, tiada kes!!  Tapi kita lihat menantu Nik Aziz letak jawatan, Nik Aziz batal perjalanan ke Mekah dan sebagainya.

Kalau tidak ada kes seperti kata SPRM Kelantan, kenapa tindakan tersebut semuanya dibuat?

19/12/2012

Anwar begitu serius menyebarkan fahaman songsang itu di Malaysia.

anwar habibie
Persahabatan dan kesefahaman di antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie, bukanlah satu rahsia di mana kedua bekas pemimpin kerajaan itu sealiran dalam banyak perkara.

Ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia, dia telah menjadi dalang utama yang sengaja tunduk di atas desakan pihak Barat yang mahu negara jiran itu “membebaskan” Timor Timur untuk keluar dan menjadi sebuah negara baru.

Habibie yang ketika itu sangat rapat dengan kuasa-kuasa Barat telah bersetuju dan tindakan tersebut telah menyebabkan rakyat Indonesia melihatnya sebagai seorang pengkhianat negara sekaligus menyumbang kepada kejatuhan kuasa politiknya sebagai Presiden repulik berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...