Translate

24/12/2012

Guan Eng Tak Usah Tegak Benang Basah, DAP Memang Parti Rasis


BERPELUH Guan Eng menjelaskan kepada rakyat Malaysia ini kenapa parti DAP yang sering dicanangkannya parti pelbagai kaum, tidak ada seorang pun wakil Melayu dan bangsa-bangsa lain di dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti tersebut yang dipilih perwakilan dalam kongresnya baru-baru ini.

Kononnya kata Guan Eng, DAP tidak berkuasa menentukan hak perwakilan untuk membuat pilihan pemimpin dari mana yang perlu dipilih ke jawatan tersebut kerana ia ditentukan perwakilan.

Memanglah ia berasaskan pemilihan oleh perwakilan, tapi kalau DAP memang parti pelbagai kaum seperti yang sering didakwa, sudah tentu wakil dari kaum-kaum lain akan turut mendapat tempat, bukan satu sahaja mendapat bahagian yang besar, sementara yang lain-lain hanya menempel seperti sekarang.

Inilah yang kita lihat berlaku bila 85% dari 20 ahli CEC yang terpilih adalah orang cina Semenanjung, 2 Punjabi dan seorang India.

Kalau pelbagai kaum, kenapa Melayu, Iban, Kadanzandusun, orang Asli dan sebagainya tidak langsung mendapat tempat.  Jangan kata itu, cina Sarawak dan Sabah pun tidak mendapat tempat, selain dari 10 jawatan CEC yang dilantik atas ehsan Guan Eng dan bapanya.

Di samping itu, kenapa DAP tidak pernah menonjolkan peranan pemimpin dari bangsa lain dalam parti tersebut dalam apa bidang sekalipun?  Kenapa balik-balik hanya muka sama sahaja yang ditonjolkan setiap kali dalam apa hal berkaitan?

Dan perkara ini bukan pertama kali berlaku, sejak dulu pun memang DAP hanya dikuasai orang cina, begitu juga dengan CEC, bukan dalam pemilihan kali ini sahaja.  Apa Guan Eng nak sebut tentang itu?

Sebetulnya DAP yang menonjolkan dirinya sebagai parti rasis, bukan UMNO, MCA atau Gerakan.  Parti-parti ini tidak ada kaitan dengan kerasisan DAP, Guan Eng, Kit Siang dan 85% cina Semenanjung yang dipilih mengangotai CEC itulah yang membuktikan bahawa DAP sememangnya sebuah parti rasis sejati.

Jadi, Guan Eng perlu berhenti menipu rakyat dan beri alasan bodoh untuk menafikan DAP parti rasis sebab banyak bukti DAP memang parti rasis.

Semua ini bagaimanapun, hanya mengkelabukan bentuk kerajaan yang bakal dibentuk DAP bersama PAS dan PKR kalau mereka berjaya memenangi pilihanraya umum nanti (penulis kata kalau).  Dimana kedudukan Melayu, dimana kedudukan Islam kalau puak-puak ini menang.

PAS tak boleh nak diharapkan langsung, PKR apatah lagi.

Nasib baik perkara itu tidak akan berlaku kerana UMNO/BN sedang bercakap untuk menang 2/3 majoriti sekarang, bukan menang pilihanraya atau tidak.

Ingat, sokongan bukan diukur dari berapa ramai yang datang ceramah atau himpunan haram kerana itu boleh disertai sesiapa pun, termasuk budak-budak dan warga asing yang tidak layak mengundi.

Sokongan sebenarnya hadir di peti undi dan hanya 13 juta yang layak sahaja boleh menentukan perkara tersebut, bukan budak-budak 19, 20 tahun ni.  

Sementara Pakatan haram sibuk mengukur berapa ramai yang hadir ceramah, UMNO/BN menjaga kebajikan pengundi di mana-mana sahaja dalam negara ini dengan pelbagai faedah yang boleh dilihat.

Sebab itulah penulis katakan, kemenangan akan bersama dengan kita, insya allah.

Sumber;mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...