Translate

20/12/2012

Rasuah Tanah Untuk Jawatan MB Perak - Pelik Tapi Benar

nik_aziz_korup
PENULIS sebetulnya panas hati dengan SPRM Kelantan yang tanpa segan silu menunjukkan sikap berat sebelah dalam menyiasat salah laku dan penyelewengan melibatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz dan ahli keluarganya sebelum ini.

Dalam beberapa kes sebelum ini, ada banyak laporan, bukti dan dokumen diserahkan sebelum ini, tetap jawapan dihujungnya, tiada kes!!  Tapi kita lihat menantu Nik Aziz letak jawatan, Nik Aziz batal perjalanan ke Mekah dan sebagainya.

Kalau tidak ada kes seperti kata SPRM Kelantan, kenapa tindakan tersebut semuanya dibuat?

19/12/2012

Anwar begitu serius menyebarkan fahaman songsang itu di Malaysia.

anwar habibie
Persahabatan dan kesefahaman di antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie, bukanlah satu rahsia di mana kedua bekas pemimpin kerajaan itu sealiran dalam banyak perkara.

Ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia, dia telah menjadi dalang utama yang sengaja tunduk di atas desakan pihak Barat yang mahu negara jiran itu “membebaskan” Timor Timur untuk keluar dan menjadi sebuah negara baru.

Habibie yang ketika itu sangat rapat dengan kuasa-kuasa Barat telah bersetuju dan tindakan tersebut telah menyebabkan rakyat Indonesia melihatnya sebagai seorang pengkhianat negara sekaligus menyumbang kepada kejatuhan kuasa politiknya sebagai Presiden repulik berkenaan.

15/12/2012

Kenapa Kongres DAP Penuh Kerahsiaan?

ADA sedikit menghairankan kenapa dikalangan balaci Pakatan haram ini kurang nak bercakap tentang Kongres DAP yang bakal berlangsung besok. Contohnya berapa ramai Melayu bertanding, betul ke tidak Karpal Singh akan ditumbangkan dan sebagainya.

Tak minat ke?

Ini berbeza dengan Muktamar PAS dan Kongres Tahunan PKR yang mendapat publisiti meluas dari macai serta media belaan masing-masing. Anehnya bila kena tang DAP, semua pakat-pakat diam buat tak tau, macam tidak ada apa yang berlaku.

Sudahlah Kongres DAP ini diadakan dalam keadaan yang penuh kerahsiaan, entah bila cawangan DAP bersidang, tau-tau dah ada Kongres saja yang siap ada pemilihan lagi.

14/12/2012

Ustaza Mee Segera hampir kepenghujung 'GILA'

afhlin

Abby Abadi Patut Malu Pada Afdlin Shauki


Kalaulah “ustazah segera” PAS, Abby Abadi dengar apa yang dikatakan selebriti dan pelakon serba boleh terkenal, Afdlin Shauki, sudah tentu dia akan meroyan lagi di laman sosial twitternya sebagaimana selalu.

Bukan apa, Abby sebelum ini mempertikaikan tindakan beberapa artis dan selebriti tanahair yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, termasuk Afdlin Shauki sendiri serta mengaitkan misi tersebut dengan sentimen politik.

Abby turut mempersoalkan niat misi tersebut sama ada untuk “berjalan-jalan” seolah-olah makan angin di wilayah bergolak itu, sekadar mengibarkan bendera dan mempertikaikan peserta misi yang menyokong UMNO.

PAS Cemar Islam Dengan Peraturan Yang Zalim

KB01_111212_GERAKAN
Ekoran tidak cukup ilmu dan zalim, PAS sanggup mencemar keadilan hukum yang diturunkan Allah melalui Al-Quran sehingga ramai golongan bukan Islam yang tampil menunjukkan protes mereka terhadap peraturan yang dikuatkuasakan Nik Aziz di Kelantan.

Kononnya, kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS itu fikir bahawa peraturan yang mereka laksanakan berkenaan pusat salun dan kedai gunting rambut di negeri Kelantan itu cukup Islamik, tapi jelas ia hanya menjejaskan kreadibiliti hukum Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...