Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR: Hanya kerana benci melihat isterinya yang sudah berusia, seorang lelaki berusia lewat 40-an tahun bukan saja tergamak memukul wanita berkenaan, malah menyimbah asid ke muka mangsa.
Akibat perbuatan kejam suaminya, mangsa yang berusia 41 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, mendakwa tidak lagi dapat melihat sejak kejadian yang berlaku di rumah mereka di Bangsar, sekitar 10 pagi, 31 Mei lalu.
Mangsa yang tidak dibenar mendapatkan rawatan di hospital, bagaimanapun nekad memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Travers, Isnin lalu dengan bantuan ahli keluarganya.