Translate

Memaparkan catatan dengan label Raja-Raja Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raja-Raja Melayu. Papar semua catatan

08/06/2013

Akta Derhaka: Kerajaan akan bincang, teliti

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan akan meneliti keperluan mewujudkan Akta Derhaka bagi membendung penularan gejala menghina institusi diraja yang semakin serius terutama di laman-laman sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, untuk itu, beliau akan berbincang dengan rakan sejawatannya, Nancy Shukri yang bertanggungjawab terhadap Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).

Menurutnya, penelitian dan perbincangan terbabit akan turut melibatkan penggubal undang-undang selain pandangan Jabatan Peguam Negara.

"Selepas itu kita akan bawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan. Tetapi bagi saya, kalau nak wujudkan akta baharu, kita kena perhati (teliti) betul-betul walaupun undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

"Kalau ada yang kata undang-undang kini tidak cukup kuat, kita akan kuatkan,’’ katanya kepada Utusan Online ketika ditemui pada majlis perasmian klinik pakar rawatan optometri dan kanta sentuh khas, D’Optometrist, di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


01/06/2012

Contohi Thailand Ambil Tindakan Tegas Hina Raja

Image Detail
Pihak berkuasa negara seperti Polis dan Jabatan Peguam Negara diminta mencontohi Thailand, mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak dan individu yang menghina institusi Raja.
Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Johor Wilayah Persekutuan dan Selangor Datuk Syed Hussien Al-Habshee berkata tindakan tegas pihak berkuasa Thailand telah mengelak institusi Diraja negara Gajah Putih itu daripada dipersenda pihak tidak bertanggungjawab.
“Pihak berkuasa negara perlu bertegas dengan pihak-pihak yang kerap mengeluarkan kenyataan mengutuk dan mempersenda institusi Diraja kita,” katanya.

06/11/2011

MAT SABU BUAT HAL LAGI DI BANDARAYA MELAKA


Dalam kenyataannya - Mat Sabu membabit Raja-Raja didalam politik

BANDARAYA MELAKA - Barisan Nasional (BN), khususnya Umno didakwa menggunakan senjata 3R iaitu ‘Racist, Religion, Royal’ (rasis, agama dan Raja) bagi mempengaruhi rakyat menyokong mereka.

Sambil melabelkan mereka sebagai dalam keadaan nazak, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tindakan menggunakan senjata 3R itu nyata gagal mempengaruhi rakyat.

27/09/2011

Tanggungjawab Raja-Raja Melayu


KUALA LUMPUR 26 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan bahawa teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang telah diguna pakai sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu ialah Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara.

Seri Paduka bertitah, Raja-Raja Melayu juga khususnya berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk pribumi serta agama Islam yang disifatkan sebagai mampu menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...