Memegang jawatan dalam barisan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bukan bermakna sudah mengetahui semua perkara sebaliknya JKKK juga perlu sentiasa menambah maklumat khususnya berkaitan dasar dan hasrat kerajaan.
Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail berkata, barisan JKKK harus memandang positif saranan itu kerana pengetahuan dan ilmu membolehkan urusan pentadbiran kampung diuruskan secara efisyen.