Translate

22/11/2011

JKKK perlu tambah ilmu mengikut perkembangan semasa

Image Detail

Memegang jawatan dalam barisan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bukan bermakna sudah mengetahui semua perkara sebaliknya JKKK juga perlu sentiasa menambah maklumat khususnya berkaitan dasar dan hasrat kerajaan.

Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail berkata, barisan JKKK harus memandang positif saranan itu kerana pengetahuan dan ilmu membolehkan urusan pentadbiran kampung diuruskan secara efisyen.
“Tidak dapat dinafikan lain JKKK lain ragamnya walaupun terdapat pelbagai karakter diharapkan setiap barisan JKKK dapat sama-sama berusaha untuk sentiasa menambah maklumat termasuk pengetahuan mengenai perkembangan isu semasa.

“Sebagai pemimpin di peringkat kampung maklumat dan pemahaman penting untuk diperjelaskan kepada penduduk. Memandangkan kini terdapat pelbagai kemudahan seperti internet ataupun media massa, tiada sebab bagi JKKK untuk tidak menambah maklumat.

“JKKK juga perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan termasuk mengadakan mesyuarat kerana tentunya banyak perkara penting yang diutarakan,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui, JKKK yang tidak mengadakan mesyuarat bukan bermakna tidak melaksanakan tanggungjawab.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...