Rabu, 23 November 2011

KERAKUSAN PENGUSAHA CHALET DEMI KEPENTINGAN PERIBADI !!!!

Marang 22/11/2011 - Keadaan inilah yang berlaku di Lot 418, Mukim Rusila, Marang, Terengganu, dimana seorang pengusaha baru Chalet yang dikenali dengan nama Malik berasal dari Losong, Kuala Terengganu telah membangunkan chalet baru dikawasan tersebut dengan keluasan yang agak luas.  Namun pengusaha ini tidak memperdulikan peruntukkan undang-undang tanah negara dan tidak memikirkan langsung keadaan rakyat dipersekitaran, dimana laluan sungai yang merentasi tanah tersebut telah ditutup sebahagian besar untuk membina jambatan yang menghubungi tapak projek tersebut.


Berlebih-lebih lagi musim tengkujuh akan melanda di Negeri Terengganu, khasnya Daerah Marang (kawasan Rhu Rendang), berkemungkinan besar kawasan persekitaran akan dilanda banjir dan setidak-tidaknya ketidak prihatinan pengusaha dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Tiada sebarang papan tanda yang menunjukkan projek tersebut sedang dijalankan atau sebarang petunjuk kelulusan melaksanakan projek daripada Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah Daerah dipaparkan.  Sedangkan projek yang dijalankan itu boleh dikatakan menelan belanja jutaan ringgit.  Terdapat juga beberapa buah rumah kongsi untuk pekerja-pekerja asing dari Indonesia dan juga Bangladesh ditempatkan didalam kawasan tersebut.

Pejabat Tanah Daerah Marang perlu lah mengambil tindakan yang lebih tegas dan telus dalam menangani masalah ini.  Jangan lah tunggu sehingga menimbulkan masalah kepada rakyat terutamanya masyarakat dikawasan Rhu Rendang, Marang, Terengganu.
Pegawai Daerah Marang, Tuan Haji Abdul Rahman juga telah dihubungi menyatakan rasa kesal diatas tindakan yang dilakukan oleh pengusaha tersebut yang tidak menghiraukan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...