Translate

Memaparkan catatan dengan label Belia Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belia Terengganu. Papar semua catatan

16/11/2011

Program Jom ke Masjid ajak belia dekati masjid

Image Detail

Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT) laksana Program Jom Ke Masjid (PJKM) dalam usaha mengajak masyarakat mengimarahkan masjid dengan menyusun pelbagai aktiviti membabitkan golongan muda.

Penolong Pegawai PADKT (Bahagian Pengurusan Masjid), Puan Fazila Ishak berkata, peruntukan RM50,000 akan diagih-agihkan kepada masjid terpilih dalam daerah bagi melaksanakan program berkenaan.


13/10/2011

7 kategori Anugerah Belia Terengganu

PENYAMPAIAN Anugerah Belia Terengganu yang sempena sambutan Hari Belia dijadualkan berlangsung November ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri, Abdul Aziz Abd. Rahman berkata, anugerah itu bagi menghargai jasa individu dan pertubuhan terhadap pembangunan belia di negeri ini.

09/10/2011

Sedia RM29 juta untuk program remaja

Kerajaan negeri memperutukkan RM29 juta sepanjang tahun ini bagi melaksanakan pelbagai program untuk belia dalam usaha membentuk golongan itu supaya lebih dinamik, progresif, dan berketrampilan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat, berkata pihaknya mensasarkan lebih 30,000 belia akan menyertai Program Bakti Remaja anjuran bersama Majlis Sukan Negeri, Majlis Belia Negeri dan Biro Tatanegara Negeri.

11/05/2011

Terengganu Sasar Wujud 1,000 Persatuan Belia Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 10 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan penubuhan 1,000 persatuan belia menjelang akhir tahun ini dalam usaha menggalakkan golongan belia aktif berpersatuan sekaligus mengurangkan gejala sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat, berkata kerajaan negeri memandang serius gelaja sosial di kalangan remaja di negeri itu dan penubuhan persatuan belia dapat membantu mengatasi masalah itu.

Dalam usaha menghidupkan semula persatuan belia, Rozi (BN-Telemong) berkata kerajaan negeri akan memberi bantuan berjumlah RM2,000 kepada setiap persatuan untuk perbelanjaan pengurusan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...