LEMAS SUNGGUH DENGAN
POLITIK MELAYU HARI INI. Semua berpecah, tidak ada kesudahan. Ultra kiasu paling
seronok kerana mereka
sentiasa menang.Jika UMNO
meninggalkan PAS, ULTRA KIASU
(DAP) MENANG. Jika PAS meninggalkan UMNO, ultra kiasu juga
menang, Jika UMNO bekerjasama dengan ultra kiasu, lagilah ultra kiasu menang.
Yang rugi, tetap umat Islam (Melayu). Sememangnya Melayu mahu kalahkah? Kalah
itu indah, gamaknya.
Pendek kata, perpecahan
dalam kalangan parti politik Melayu telah dan akan memberikan kemenangan kepada
ultra kiasu. Apatah lagi, bekerjasama dengan ultra kiasu, termasuk MCA dan
Gerakan. Mereka sedia berpindah-randah parti untuk memenangkan bangsa mereka
manakala pemimpin Melayu rela tikam-menikam demi alasan yang
entah-berantah.
Duhai orang UMNO, jangan
sekali-kali kalian harapkan kelemahan UMNO. Wahai orang UMNO, jangan sekali
harap kejatuhan PAS…
Tidak
belajarkah dari sejarah yang baru berlaku sebelum PRU14. Sebelum apa-apa PAS
terlebih dahalu dilanggar olah rakannya dan dirompak hati sebahagian
pemimpinnya sehingga lahirlah anak buluh kiasu yang kononnya ada sifat amanah
dan sifat ikram. Menjelang PRU isu-isu seperti GST, 1MDB dan 90 juta digunakan
untuk membunuh karakter bangsa Melayu. Seolah Melayu dan Islam tiada kebaikan,
timbullah kata keparat “Pilih pemimpin bukan pilih syurga atau neraka”.
SUDAHKAH KITA LUPA 22
BULAN, KETIKA ULTRA KIASU BERKUASA. Ultra kiasu caturkan segalanya sehingga keadaan
menjadi porak peranda. Atau kalian benar-benar menginginkan 22 bulan itu
berulang kepada 44, 66 atau 88. PRU 14, kamu dilemahkan bersama-sama.
Lemahnya salah satu parti
UMNO-PAS, akan melemahkan Islam dan bangsa di negara ini. Pasti akan ada entiti
lain yang akan mengambil tempat dan menjadikan keadaan makin gawat. Sekurangnya
kamu masuklah panggung tengok dan belajar dari Upin-Ipin Keris Siamang Tunggal,
itulah kamu UMNO dan PAS.
Saya amat yakin, PERPECAHAN DALAM
KALANGAN PARTI POLITIK MELAYU TELAH LAMA DIRANCANG OLEH ULTRA KIASU. Terutama melagakan antara
dua parti Melayu Islam terbesar iaitu UMNO-PAS. Saya tidak faham, kenapa kita
begitu naif, terus terperangkap, terus diperbodohkan. Jika PN
berpecah ultra kiasu akan bertepuk tangan, TETAPI MN BERPECAH MEREKA AKAN BERPESTA 1000 HARI
1001 MALAM. Jangan biarkan mereka bertepuk tangan, apatah lagi
berpesta.
Lebih menjengkelkan, dalam
keadaan sebegini dikatakan ada sebahagian pemimpin UMNO tanpa segan silu mengatakan
secara terbuka untuk bekerjasama dengan ultra kiasu yang selama ini dianggap
sebagai musuh paling tegar.Tidak ada rasa malu langsung untuk jilat ludah
kembali, ia bukan soal mengugut PPBM, tetapi ia soal marahkan nyamuk rumah
dibakar.
Paling hina,
bila ada kenyataan terbuka, mahu lepas diri daripada perbicaraan di mahkamah.
Tidakkah kita berpegang kepada prinsip sekiranya tidak bersalah, apa yang mahu
ditakutkan. Dari satu pihak lagi terlihat PN seolah mahu
meneruskan agenda PH untuk membuat perbicaraan terpilih. Kalau nak dakwa, dakwa
semua.
Bersambung: Baca disini cepat