Translate

17/01/2021

SAMPAI BILA PEMIMPIN MELAYU MAHU SEDAR…???


LEMAS
 SUNGGUH DENGAN POLITIK MELAYU HARI INI. Semua berpecah, tidak ada kesudahan. Ultra kiasu paling seronok kerana mereka sentiasa menang.

Jika UMNO meninggalkan PAS, ULTRA KIASU (DAP) MENANG. Jika PAS meninggalkan UMNO, ultra kiasu juga menang, Jika UMNO bekerjasama dengan ultra kiasu, lagilah ultra kiasu menang. Yang rugi, tetap umat Islam (Melayu). Sememangnya Melayu mahu kalahkah? Kalah itu indah, gamaknya.

Pendek kata, perpecahan dalam kalangan parti politik Melayu telah dan akan memberikan kemenangan kepada ultra kiasu. Apatah lagi, bekerjasama dengan ultra kiasu, termasuk MCA dan Gerakan. Mereka sedia berpindah-randah parti untuk memenangkan bangsa mereka manakala pemimpin Melayu rela tikam-menikam demi alasan yang entah-berantah.

Duhai orang UMNO, jangan sekali-kali kalian harapkan kelemahan UMNO. Wahai orang UMNO, jangan sekali harap kejatuhan PAS…

Tidak belajarkah dari sejarah yang baru berlaku sebelum PRU14. Sebelum apa-apa PAS terlebih dahalu dilanggar olah rakannya dan dirompak hati sebahagian pemimpinnya sehingga lahirlah anak buluh kiasu yang kononnya ada sifat amanah dan sifat ikram. Menjelang PRU isu-isu seperti GST, 1MDB dan 90 juta digunakan untuk membunuh karakter bangsa Melayu. Seolah Melayu dan Islam tiada kebaikan, timbullah kata keparat “Pilih pemimpin bukan pilih syurga atau neraka”.

SUDAHKAH KITA LUPA 22 BULAN, KETIKA ULTRA KIASU BERKUASA. Ultra kiasu caturkan segalanya sehingga keadaan menjadi porak peranda. Atau kalian benar-benar menginginkan 22 bulan itu berulang kepada 44, 66 atau 88. PRU 14, kamu dilemahkan bersama-sama.

Lemahnya salah satu parti UMNO-PAS, akan melemahkan Islam dan bangsa di negara ini. Pasti akan ada entiti lain yang akan mengambil tempat dan menjadikan keadaan makin gawat. Sekurangnya kamu masuklah panggung tengok dan belajar dari Upin-Ipin Keris Siamang Tunggal, itulah kamu UMNO dan PAS.

Saya amat yakin, PERPECAHAN DALAM KALANGAN PARTI POLITIK MELAYU TELAH LAMA DIRANCANG OLEH ULTRA KIASU. Terutama melagakan antara dua parti Melayu Islam terbesar iaitu UMNO-PAS. Saya tidak faham, kenapa kita begitu naif, terus terperangkap, terus diperbodohkan. Jika PN berpecah ultra kiasu akan bertepuk tangan, TETAPI MN BERPECAH MEREKA AKAN BERPESTA 1000 HARI 1001 MALAM. Jangan biarkan mereka bertepuk tangan, apatah lagi berpesta.

Lebih menjengkelkan, dalam keadaan sebegini dikatakan ada sebahagian pemimpin UMNO tanpa segan silu mengatakan secara terbuka untuk bekerjasama dengan ultra kiasu yang selama ini dianggap sebagai musuh paling tegar.Tidak ada rasa malu langsung untuk jilat ludah kembali, ia bukan soal mengugut PPBM, tetapi ia soal marahkan nyamuk rumah dibakar.

Paling hina, bila ada kenyataan terbuka, mahu lepas diri daripada perbicaraan di mahkamah. Tidakkah kita berpegang kepada prinsip sekiranya tidak bersalah, apa yang mahu ditakutkan. Dari satu pihak lagi terlihat PN seolah mahu meneruskan agenda PH untuk membuat perbicaraan terpilih. Kalau nak dakwa, dakwa semua.

Bersambung: Baca disini cepat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...