BANGI, 8 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menasihatkan
orang ramai supaya berwaspada dengan TAKTIK PENIPUAN YANG BERTUJUAN MENGAMBIL ALIH AKAUN WHATSAPP PENGGUNA.
Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam satu
kenyataan berkata, taktik itu menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod
pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak Whatsapp.
Katanya, kod pengesahan tersebut diterima oleh
pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku pertukaran nombor telefon yang
dikaitkan dengan sesuatu akaun Whatsapp.
MCMC
berkata, pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh
menyebabkan AKAUN
WHATSAPP MEREKA DIAMBIL ALIH OLEH ‘SCAMMER’.
Kementerian itu berkata, pihaknya mengesan
beberapa modus operandi yang digunakan antaranya penyamaran sebagai rakan atau
ahli keluarga dengan menggunakan akaun Whatsapp dan kemudian merayu bantuan
pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
“Scammer
menyamar sebagai kakitangan Whatsapp dan meminta pengguna menyerahkan kod
pengesahan 6-digit yang diterima.
“Scammer sengaja membuat beberapa cubaan
pengesahan yang gagal. Lantaran itu, sistem Whatsapp akan seterusnya membuat
panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan,”
katanya.
Melalui
helah itu, katanya, scammer
akan melakukan penyamaran dan berhubung dengan pengguna untuk mendapatkan kod atau cuba meneka secara rambang jika panggilan berkenaan tidak
berjawab.
Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai
supaya BERWASPADA TERHADAP PERMINTAAN
KOD 6-DIGIT daripada mana-mana pihak termasuk mesej daripada orang yang
dikenali atau kakitangan Whatsapp serta lain-lain pihak berkuasa.
“Tidak
sekali-kali menyerahkan kod pengesahan 6-digit Whatsapp kepada mana-mana pihak
atau menyerahkan kata laluan atau PIN bagi peti mesej suara.
“Memastikan kata laluan atau PIN peti suara adalah rumit dan sukar untuk diteka,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI