Translate

03/09/2011

ALFATIHAH - WARTAWAN BERNAMA DITEMBAK DI MOGADISHU

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 40, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, Jumaat petang.
Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro Jumaat malam.

02/09/2011

KAPAL PUSING MAIN WAYANG KULIT LAGI ATAS NASIHAT USTAS NUAR ALJUBURI


ANUAR IBRAHIM MESTI BERTAUBAT... MAT SABU MESTI MINTA MAAF.....????  ITU LAH AGENDA MR. KAPAL PUSING DALAM USAHA MEMUTAR BELITKAN AGENDA SEMASA....

Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

DR. ASRI JANGAN SUKA MELEBEL ORANG LAIN LITERALIST

Kalau nak gelamour janganlah keterlaluan !!!!


01/09/2011

KEGAGALAN PAS MENYEDIAKAN PASARANA YANG LENGKAP UNTUK MASJID RUSILA !!!!


Marang 30/09/2011 - Sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri semua masjid diseluruh negara dipenuhi Umat Islam kerana bersembahyang dipagi hari raya. Tetapi sebaliknya di Masjid Rusila Marang, Terengganu, hanya dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang diletakkan dikiri-kanan lebuh raya Kuala Terengganu/Dungun, malahan ditengah-tengah pembahagi jalan juga diletakkan kenderaan yang mungkin mencacatkan kewibawaan ataupun sikap seseorang itu yang tidak memikirkan kebinasaan rumput serta tanaman yang ditabur subur untuk mencantikan lebuh raya tersebut dan juga keselamatan kepada pengguna-pengguna lebuh raya. Perkara sebegini berlaku bukan pada hari-hari perayaan saja, tetapi pada setiap hari Jumaat dan setiap kali majlis ceramah diadakan di Masjid Rusila.

Apa Faedah Laporan Polis Banyak-Banyak?

SEPERTI PERMAINAN SILAP MATA DAN OMONG-OMONG KOSONG ????
Kebelakangan ini kalau pembaca semua perasan, seakan ada satu trend di Malaysia ini berpuluh kalau tak beribu lapuran polis yang dibuat dalam hal-hal tertentu antaranya menyentuh perhimpunan haram Bersih dan terbaru yang berkaitan dengan kepala komunis melayu alam baru, Mat Sabu.
Dalam hal perhimpunan haram Bersih, lebih 4 ribu laporan polis dibuat oleh banyak pihak dan Mat Sabu kepala komunis ni lebih 40 laporan.
Terdetik di hati penulis, dengan sekian banyak laporan, apa yang memberi kesan ke atas laporan yang dibuat?  Kalau tak silap penulis dulu, laporan yang sekian banyak akan menyusahkan orang yang dinamakan dalam laporan pasal dia kena pergi ke semua balai polis dimana laporan dibuat ke atasnya.  Contohnya, kalau laporan Bersih dibuat di Sarawak, Ambiga perlu pergi ke Sarawak untuk sesi soal siasat.
Sekarang pun kalau tak silap penulis masih berlaku keadaan yang sedemikian, cuma jarang benar yang penulis dengar.
Selain dari itu, apa agaknya faedah kepada laporan polis yang beribu-ribu dan berpuluh-puluh ini?  Dalam hal perhimpunan haram Bersih, walaupun pihak polis berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk dari berlaku, perhimpunan masih berlangsung dan orang-orang dibelakang perhimpunan tersebut masih bebas ke sana kemari mempromosikan agenda perhimpunan Bersih tanpa ada tindakan.
Artikel selanjutnya layari:
http://www.mykmu.net/?p=12975 

Penyerahan Kemudahan Loji Rawatan Air Peristiwa Bersejarah

Image Detail

PAGOH, 31 Ogos (Bernama) -- Penyerahan empat kemudahan loji rawatan air oleh Lembaga Perbekalan Awan Singapura (PUB) kepada kerajaan Johor hari ini merupakan satu sejarah yang bermakna ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan ke 54, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini peristiwa bersejarah setelah sekian lama kita bantu Singapura. Kita harap ini suatu manifestasi hubungan istimewa Singapura-Johor yang sudah lama berlaku," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari Rabu.

Bukti Penyelewengan Wang Rakyat Membayar Pembelanjaan Perubatan Mat Sabu.!!!!!

Image Detail

Pendedahan  kali ini pasti akan membuka mata dan minda rakyat Malaysia. Satu demi satu pembohongan dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Seperti biasa kaki belit ini akan menutup pembohongan dengan pembohongan yang lain. Kalau dah bangkai lama-lama pasti akan berbau juga. Itulah yang terjadi apabila  berjaya menghidu satu maklumat yang sangat berharga untuk dikongsi bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...