Pendedahan kali ini pasti akan membuka mata dan minda rakyat Malaysia. Satu demi satu pembohongan dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Seperti biasa kaki belit ini akan menutup pembohongan dengan pembohongan yang lain. Kalau dah bangkai lama-lama pasti akan berbau juga. Itulah yang terjadi apabila berjaya menghidu satu maklumat yang sangat berharga untuk dikongsi bersama.
Apabila kita membaca sekali imbas, tiada yang pelik dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Corporate Affairs Manager PBA ini. Namun apabila diteliti, maklumat di dalamnya bukan hanya pelik tapi pasti akan menimbulkan tanda tanya bagi siapa pun yang membacanya.
Pertama
1. Mat Sabu adalah salah seoarang ahli lembaga pengarah PBAPP. Memang menjadi kebiasaan apabila menjadi lembaga pengarah bagi mana-mana organisasi, individu tersebut akan mendapat faedah kesihatan.
2. TAPI dalam hal Mat Sabu ni, adakah wajar PBAPP membayar bil hospital sedangkan Mat Sabu cedera semasa mengikuti aktiviti yang telah nyata salah di sisi undang-undang?
3. Mahkamah telah pun mengeluarkan Restriction Order yang menjelaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram. Makanya sesiapa pun yang menghadirinya bermaksud telah melanggar undang-undang termasuklah Mat Sabu..
4. Mengikut Faedah Perubatan 26.4 PENGECUALIAN (b) "Sebarang perbelanjaan yang bersangkitan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan Pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya.
5. Kalau polisi jelas mencatitkan seperti di atas, kenapa Mat Sabu mendapat pengecualian? Apakah istimewanya Mat Sabu kepada PBAPP
6. Apakah sumbangan Mat Sabu kepada PBAPP kerana sejak Lim Guan Eng dan Mat Sabu mengambil alih PBAPP? Kita semua tahu keuntungan PBAPP semakin merudum sejak kehadiran mereka.
7. Apakah warga PBAPP akan berdiam diri sahaja apabila mendengar pendedahan ini.
8. Mereka sudah tentu berasa kecewa dan berasa terhina kerana Mat Sabu dimertabatkan sebegitu tinggi sedangkan beliau cedera ketika perhimpunan haram yang melanggar undang-undang!
Posted by Malaysia Post