Translate

24/02/2020

#PERALIHAN KUASA: GEMPA BERSKALA BESAR DALAM PH MELANDA KETIKA INI

 “TIADA konsesus kabinet,” inilah kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tatkala mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad mengenai isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilihat mula memberi signal menentang arus.

Kemudian disusuli kenyataan bapanya, Lim Kit Siang selaku penasihat DAP yang bernada mengugut Tun Mahathir untuk keluar PH jika terus menerus PM menerima kemasukan wakil rakyat dan pemimpin Umno ke dalam PPBM.
Umum tahu bahawa Tun Dr Mahathir sebenarnya sangat tidak selesa dengan tindak tanduk DAP sejak sekian lama kerana sikap rasis DAP sejak sekian lamanya.
Begitu juga umum juga tahu DAP cukup pesimis terhadap Perdana Menteri itu sejak dahulu lagi kerana isu isu yang mengheret bekas Presiden Umno itu semasa menerajui Umno dan negara 22 tahun lalu, apatah lagi dalam OPERASI LALANG, ramai dalam kalangan pemimpin DAP dan PAS yang kini sudah melompat ke PAN ditahan antaranya Kit Siang, Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
Kemudian dalam kes Guan Eng menentang Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dikaitkan dengan skandal dengan seorang remaja perempuan juga Guan Eng terpenjara, ketika itu PM negara juga Mahathir.
Begitu juga sebaliknya, Mahathir pastinya ingat kecaman demi kecaman dan hentaman demi hentaman kata kesat dan LABEL-MELABEL YANG DIBUAT DAP dan (bekas PAS yang kini jadi pemimpin PAN) ke atasnya, gelaran “Mahathir Taghut, Mahazalim, Mahafiraun” dan sebagainya sememangnya SANGAT MENGGURIS HATI MAHATHIR.
Cumanya MEREKA BERSATU ATAS DASAR EMOSI dan mahu ke mercu kuasa dalan PRU14, dan sebenarnya tidak sedikit perbezaan pandangan antara DAP dan PPBM yang dipimpin Tun Mahathir.
MAHATHIR LEMAS DAN BOSAN DENGAN SIKAP DAP yang mula menunjukkan sikap “Raja” mereka dalam konsesus PH. Apa sahaja keputusan PM bakal disodok dengan kenyataan balas pemimpin DAP sama ada yang berstatus menteri kabinet ataupun ahli Parlimen dengan menolak hujah-hujah PM termasuk dalam isu ICERD.
Jelas sekali DAP CUBA MENJADI “ABANG LONG” yang langsung tidak menghormati kedudukan PM selaku ketua pentadbiran PH dan kerajaan.
Malah api kebencian dan sandiwara mula bermain dalam alam nyata, sepertimana DAP MENJELMAKAN SIKAP TIDAK CENDERUNG KEPADA ISLAM semasa mengikat tahaluf bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.
Wajah DAP dan beberapa kumpulan dalam PKR yang tidak sehaluan dengan gandingan Tun Mahathir bersama Azmin Ali amat jelas kelihatan.
Kajian terkini Rafizi Ramli ke atas kemerosotan sokongan dan keyakinan rakyat ke atas PH bukan kajian sehala, ia serampang dua mata, Rafizi amat dikenali sebagai penyokong kuat ANWAR IBRAHIM YANG SEDANG KEMARUK UNTUK MENJADI PM selepas Mahathir, sedangkan Mahathir tidak langsung menunjukkan signal mahu berehat.
Umum dapat melihat kebimbangan Mahathir untuk meninggalkan pentadbiran negara tatkala realitinya MENTERI-MENTERI DI BAWAHNYA SANGAT TIDAK BERKUALITI sebagai menteri, malah masih kekal sikap sebagai pembangkang.
Lihat sahaja sikap GUAN ENG, MENTERI KEWANGAN YANG UMPAMA KETUA PEMBANGKANG, TIDAK ADA IDEA MAHU MEMACU EKONOMI DENGAN BAIK, malah tidak habis-habis mengulang isu yang sama iaitu kes hutang dan penyelewengan kerajaan terdahulu.
Sedangkan rakyat menanti apa formula yang hendak dikemukakan kerajaan khasnya menteri kewangan dalam menyelesaikan masalah ekonomi hari ini.
Janji-janji manifesto PRU14 sekadar janji palsu yang tidak akan tertunai, malah boleh dipermainkan pula janji dengan alasan terlalu “rendah kualiti jawapan” yang tidak meletakkan standard jawapan bertaraf menteri.
Ini barangkali menjadikan Tun Mahathir pening kepala kerana tidak menyangka rakan kongsi dalam PH yang diangkat jadi menteri hanya bertaraf pembahas pembangkang tanpa idea yang bernas.
Sindrom duduk di kelas kepembangkangan jelas ketara dengan kaedah menteri-menteri mengendali isu-isu yang dihadapkan kepadanya.
Sebijak-bijak menteri di salah satu kementerian berkaitan pertanian memberi idea semasa bergelar ahli Parlimen pembangkang, apabila menjadi menteri, dia memberi idea yang jauh kuno berbanding Dato’ Ahmad Maslan yang kerap menjadi bahan tertawa semasa jadi menteri.
KINI AHMAD MASLAN JAUH DILIHAT BIJAK BERBANDING RAKAN SENEGERI KEPADA PEMBANGKANG YANG TELAH MENJADI MENTERI ITU.
TANAM NENAS DI BELAKANG RUMAH NELAYAN yang mana tanah belakang rumah nelayan adalah tanah pasir pantai, bijak sungguh menteri PH mengemuka idea hingga menjadi bahan tertawa.
Rakyat semakin dapat melihat bagaimana Tun Mahathir terpaksa memerah idea mencari jalan menerajui negara dalam keadaan menteri yang ada sangat tidak membantunya.
Kini dia dihadapkan pula dengan isu kecamukan dalam PH yang tidak kesudahan, malah hingga memeritkan telinganya selaku orang nombor satu kabinet Malaysia.
Apapun, hakikatnya kini rakyat dapat melihat sebenarnya PH hanya pandai berkokok semasa menjadi pembangkang, selepas menjadi kerajaan mereka berbalah sesama sendiri kerana perbezaan yang sangat jelas.
Rakyat mula hilang keyakinan kepada gabungan ini, dan ramai yang yakin walaupun mungkin PH boleh bertahan hingga akhir penggal, namun pemerintahan mereka bakal menjadi paling panas dan tidak menyelesaikan masalah rakyat.
Usai penggal ini PH bakal berpecah dan di sanalah rakyat akan melihat bertapa “ABANG LONG DAP” rakan sepakat yang amat susah bersama kerana sifat semulajadinya mahu menguasai dan tidak mahu bersama. – HARAKAHDAILY27/12/2018

22/02/2020

##LTTE: TOMMY THOMAS DITAHAN UNTUK SIASATAN ???

Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI KUMPULAN PENGGANAS oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan status kumpulan itu
berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.

"Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut susulan gesaan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas semalam supaya Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

Muhyiddin berkata PEGUAM NEGARA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KUASA di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

Mengikut Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang ditentukan,”  katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa, kumpulan itu dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan kumpulan ini,” katanya.

Untuk rekod, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing, antaranya, India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom, kata Muhyiddin.

Semalam, 12 individu yang didakwa menyokong LTTE termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren akan dibebaskan selepas Peguam Negara membuat keputusan untuk menghentikan prosiding terhadap mereka.

Dalam kenyataan media 11 muka surat, Thomas memutuskan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

- BERNAMA

Rujukan: KLIK DISINI

05/02/2020

WARKAH TERBUKA BUAT MAJLIS TERTINGGI UMNO (SINGKIR MAHATHIR)

Tuan-tuan yang dihormati,

Biarlah saya berterus terang. Ada banyak sebab kenapa saya tidak boleh terima pembentukan kerajaan Mahathir - MUAFAKAT NASIONAL. (Lebih mudah untuk disebu t FUCKATAN NASIONAL) Saya tiada masalah jika kita memilih untuk menyokong Mahathir mengekalkan jawatannya sehingga habis penggal. Tetapi menadah belas ihsan untuk secangkir kuasa adalah kebodohan yang akan membunuh sejarah politik umat Melayu dan Islam.

PERTAMA, ia akan menjadikan DAP (dan Amanah) terus relevan. 2 tahun pertama PH adalah bukti berangkai jelas yang menonjolkan kelemahan dan kebobrokan dua parti ini ketika menjadi kerajaan. Tetapi memilih untuk menyingkirkan kedua ini daripada KUASA MELALUI JALAN BELAKANG hanya akan membolehkan mereka untuk 'play victim'.

Dan simpati rakyat ini akan menenggelamkan segala kesalahan dan dosa mereka kepada institusi agama, Tabung Haji, umat Islam dan negara.

Saya bagi contoh kerajaan Perak 2008-2009. Ya, DAP sememangnya melakukan kecurangan besar ketika memerintah Perak ketika itu. Tetapi tindakan BN menumbangkan kerajaan mereka pada Februari 2009 melalui pintu belakang menyebabkan parti itu menjadi terus relevan.  Akhirnya DAP konsisten memiliki kerusi terbanyak pada dua siri pilihanraya umum seterusnya.

Tuan-tuan yang dihormati,

Benar KEWUJUDAN DAP HARI INI AKAN MENJAHANAMKAN EKONOMI NEGARA. Tetapi yang merosakkan ekonomi hari ini bukan DAP sahaja. Yang merosakkannya adalah seluruh kepimpinan kerajaan pusat.

DASAR NEO LIBERALISM TUN MAHATHIR yang tidak menyantuni bantuan kepada rakyat adalah punca aliran tunai negara terganggu. Kecetekan Mahathir di pentas diplomasi dunia adalah sebab kenapa kita dipinggirkan daripada pelaburan antarabangsa.

Dan SEBAHAGIAN BESAR ASET-ASET NEGARA YANG TERJUAL juga adalah DI BAWAH KAWALAN AZMIN ALI (Raja Semburit) sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Kerosakan daripada DAP adalah benar. Tetapi kerosakan gandingan Mahathir-Azmin ini tidak kurang buruknya.

Tuan-tuan yang dihormati,

Benar AJARAN DAN TINDAK-TANDUK DAP ADALAH KATALIS kebiadapan segelintir rakyat kepada Raja-Raja Melayu. Tetapi saya nak tanya, apakah cabaran paling besar dihadapi oleh Raja-Raja Melayu selepas PH memerintah?

Jawapannya STATUTE ROME. Dan bukankah selain DAP, Mahathir juga yang bersungguh mahu meratifikasikan perjanjian ini? Sehinggakan apabila keputusan itu ditarik balik kesan protes raja-raja, dia merajuk dan menuduh wujudnya deep state yang CUBA MENGGULINGKAN KERAJAANNYA?

Jadi apa yang perlu dilakukan?

CUKUPLAH dengan tuan-tuan MENYOKONG MAHATHIR menghabiskan penggal ini sebagai Perdana Menteri. Jika sekiranya DAP, PKR dan Amanah memprotes - keluar daripada kerajaan andaikata peralihan kuasa tidak berlaku, maka biarkan Mahathir memerintah dengan kerajaan minoriti. Ia tidak salah dari segi perlembagaan.

Ia juga pernah berlaku. Tan Sri Khalid Ibrahim contohnya pernah memerintah Selangor dengan bantuan 4 Exco PAS dan sokongan UMNO Negeri apabila Adun-Adun PKR dan DAP berpaling tadah daripadanya 5 tahun dahulu.

Apakah ketika itu UMNO menyertai kerajaan Selangor? Tidak.

Apakah ketika itu kerajaan Selangor berfungsi? Ya.
Jadi apa masalahnya?

Tuan-tuan yang dihormati,

Benar membiarkan DAP berpaut kepada kuasa akan membuka ruang untuk lebih banyak cabaran dan ancaman yang akan terjadi kepada umat dan negara. Tetapi bukankah sepanjang 2 tahun ini kita bersama sama telah berjaya menghalangnya walaupun mungkin tidak semua?

Bukankah suara kita yang mematikan ICERD?

Bukankah desakan kita yang membunuh Statue Rome?

Bukankah teriakan kita yang berjaya mempertahankan subsidi haji kepada umat?

Dan bukankah ini tanggungjawab tuan-tuan sebagai pemimpin yang dipilih?

Tuan-tuan yang dihormati,

Menyertai sebuah kerajaan yang lemah melalui pintu belakang hanya akan menjadikan kerajaan itu tidak dihormati. Tuan-tuan juga akan terpaksa menanggung segala liabiliti yang telah dibuat oleh kerajaan hari ini.

Kuatkah bahu tuan-tuan untuk menampung beban sebegitu rupa? Sedangkan mereka yang ketika itu telah tersingkir boleh berlepas diri menjaja simpati kepada rakyat jelata. Dan akhirnya membolehkan mereka memperoleh kuasa semula pada pilihanraya seterusnya.

Dan TIDAKKAH TUAN-TUAN TERFIKIR, bahawa tawaran itu mungkin sekadar untuk Mahathir mencipta 'leverage' sebagai imbangan tawar-menawar apabila beliau berhadapan tekanan sekutunya nanti?

Jika orang berhati kering seperti ini BOLEH MENGKHIANATI PERJANJIAN DENGAN RAKANNYA, maka apa jaminan dia tidak akan memungkiri perjanjian yang akan diikrarkannya kepada tuan-tuan nanti?

Saya bagitahu begini sajalah. Mahathir hanya perlukan ahli parlimen untuk terus berkuasa. Maka MANA-MANA AHLI PARLIMEN UMNO YANG MAHU BERSAMANYA, maka SILAKAN KELUAR DENGAN SEGERA. UMNO TIDAK AKAN RUGI APA-APA.

Kerana UMNO ini wujud dengan aspirasi dan tinta semangat rakyat jelata. UMNO tidak pernah dibina dengan tiang kuasa.

KELUARLAH. Dan biarkan kami menanda semula sejarah perjuangan ini dengan darah dan air mata kami sendiri.

#HidupBermaruahAtauMatiMelawan
Salam perjuangan
Takbir, Takbir, Takbir.

03/02/2020

ULAMAK MEMBIMBING UMARAK

ULAMAK sebagaimana yang kita fahami ialah sekumpulan orang yang alim dalam bidang agama. Mereka alim dalam berbagai disiplin ilmu. Ada juga yang mempunyai kelebihan alim dalam hampir semua bidang ilmu yang ada.

Manakala UMARAK pula ialah sekumpulan manusia yang diberikan Allah kuasa bagi memerintah. Samada tampuk kuasa itu diperolehi dengan cara perwarisan, rampasan ataupun dengan cara yang diredahi Allah iaitu cara seperti Khulafa ar-Rasyidin perolehi, dengan syura dan kemudian dibaiah oleh rakyat.

Carilah di mana-mana sekalipun, kedua-dua watak ini, wajib ada dalam sesebuah negara. Kedua mereka pada kebiasaannya bertembung antara satu sama lain. Amat jarang keduanya bersetuju dengan banyak hal yang melibatkan pemerintahan bagi negara yang tidak mementingkan agama.

Kita maklum bagaimana para nabi dan rasul, ada yang disiksa, bahkan dibunuh kerana menegur pemerintah yang terbabas dari jalan yang Allah tetapkan sebagaimana Nabi Yahya. Ada umarak yang menerima teguran nabi dan kemudiannya menjadi insan yang mulia. Raja Najasyi menjadi misalan terbaik.

Agama rakyat, mengikut agama pemerintah. Ini adalah hal yang benar kerana sebaik sahaja Najasyi memeluk Islam, maka Habsyah keseluruhannya bertukar menjadi negara Islam. Lihat Andalusia, Cordova, Granada, setelah ditakluk oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, Sepanyol berubah menjadi negara Kristian.

Oleh kerana pertembungan yang kuat antara orang agama (mengambil Bishop sebagai penasihat agama Kristian) dan umarak ini, maka kita lihat di negara-negara Kristian dahulu, sekularisma diwujudkan kerana umarak sudah bosan dipengaruhi oleh keputusan agama. Mereka mahu pemisahan kuasa dan kebebasan.

Jadi agamawan mereka kemudiannya didiamkan di dalam gereja sahaja. Mereka diperlukan apabila hal-hal rasmi keagamaan dilangsungkan. Tetapi tidak ada langsung suara mereka bagi turut dikumandangkan dalam parlimen atau keputusan-keputusan besar negara. Begitulah agamawan mereka perlakukan.

MALANGNYA, dalam negara Islam, sedikit demi sedikit, sistem sekular ini diterima masuk ke dalam pemerintahan negara. Ulamak-ulamak semakin dipinggirkan, apatah lagi jika mereka yang agak vokal menentang kemahuan umarak. Kamal Attartuk pastinya model terbaik bagi negara yang mengaku Islam.

Walaupun terdahulu sekularisma ini tidak diketahui kewujudannya, tetapi sifat kebencian terhadap nasihat agama oleh pemerintah sudah jelas kelihatan. Para imam mujtahid diketahui melalui jalan penyeksaan yang berat hanya kerana tidak mahu berfatwa mengikut umarak.

Mungkin dari segi kejayaan material, negara tidak kalah walaupun tidak mengikut nasihat yang benar dari ulamak. Tetapi bagi manusia yang mencari redha Allah, harta benda bukanlah kayu pengukur kepada pencapaian negara, tetapi budi dan akhlak itu yang lebih Utama.

Amerika Syarikat dibenci dunia kerana perangai jahatnya, walau mempunyai kekuatan ekonomi, tetapi tiada agama yang menjadi pedoman. SEKARANG KEBENCIAN ITU BERALIH KEPADA CHINA pula yang cuba menjadi pembuli kepada negara-negara jirannya yang kecil di Asia Tenggara. Ekonomi China, meningkat sentiasa. Tapi tiada akhlak, agama, mereka dibenci.

Bagaimana pula dengan negara yang tidak mempunyai kekuatan ekonomi, tetapi juga berakhlak buruk? Sudah tentulah mereka lebih dibenci. Maka bagi menjadi negara yang baik, mengutamakan kebajikan kepada rakyat, ulamak mestilah dibawa bersama dalam pemerintahan, kerana mereka tahu jalannya kepada Allah.

Jelas keperluan ulamak mendampingi umarak dengan kita melihat Sultan Muhammad al-Fateh, seorang sultan yang dipuji rasulullah sebagai pemimpin yang terbaik, yang mempunyai ulamak sebagai penasihatnya dalam menjalankan pemerintahan. Namun begitu, ada ulamak yang baik, ada ulamak jahat.

Saya teringat kisah di sebuah negara arab suatu ketika dahulu, pemerintah meminta fatwa dari ulamaknya. Lalu ditanya kembali oleh ulamak itu, fatwa yang bagaimana yang dimahukan oleh pemerintah. Dijawabnya si pemerintah, ‘Yabnal kalb, (Hai anak anjing) engkau mufti atau aku mufti.

Begitulah ulamak dihina hasil dari perbuatannya sendiri. Tidak terkira ulamak yang malah sanggup memalsukan hadis atau memesongkan tafsiran ayat-ayat Allah hanya untuk harga dunia yang sedikit. Ulamak jenis inilah yang akan menjahanamkan negara kerana pemesongan fatwa mereka.
DI TERENGGANU, rakyatnya amat bernasib baik kerana dipilih oleh Allah semenjak ratusan tahun dahulu, mempunyai kerajaan yang cintakan Islam. Batu Bersurat, bukti yang jelas. Apabila umarak mencintai Islam, sudah barang tentu, ulamak akan mendapat tempatnya di sisi umarak. Mereka dimuliakan.

Apabila ada pertalian erat antara keduanya ini, maka negeri akan menjadi makmur seiring dengan keperluan dunia. Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, adalah pasangan yang sangat utuh bergandingan membentuk kerajaan Islam Terengganu yang gagal ditewaskan British.

KINI MENTERI BESAR TERENGGANU, DATO’ SERI DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR, AMAT MENGHORMATI ULAMAK, malah menjadikan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai gurunya bagi menjalankan pentadbiran yang lebih baik bagi kesejahteraan rakyat Terengganu, DIPAYUNGI oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang dikasihi.

Alhamdulillah dan kita berharap, ianya menjadi suatu tanda bagi kebangkitan Terengganu dalam semua bidang, dunia dan akhirat, atas eratnya kasih sayang ulamak dan umarak Terengganu ini. Tiadalah yang membahagiakan melihat kesederhanaan foto mereka berdua ini.

Sebenarnya mereka sering berjumpa, menegur apa yang silap, membantu apa yang lemah, menyokong apa yang betul. Bagaikan kasih ayah kepada anak demi melindungi sesama mereka dari kemurkaan Allah. Jelas kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah berusaha bergerak atas kehendak Allah. Tiada kes penyelewengan. Yang ada fitnah dan cacian.

Semoga Allah melindungi mereka berdua. Asbab kasih sayang mereka kerana Allah, Allah menjadikan rakyat Terengganu semakin bertambah ketaqwaan dan membuka seluas-luasnya pintu-pintu keberkatan dari langit, sebagaimana yang dijanjikanNya kepada orang-orang yang bertaqwa.

Bencilah wahai sekelian pembenci, tiadalah benci kamu itu merendahkan martabat manusia yang mulia, tetapi benci kamu sebenarnya kepada kebaikan dan kebenaran, akhirnya akan membenamkan diri kamu sendiri dalam kebencian orang lain pula terhadap kamu nanti.

Nukilan: Mohd Nasir Abdullah
02 Februari 2020

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...