Biarlah
saya berterus terang. Ada banyak sebab kenapa saya tidak boleh
terima pembentukan kerajaan Mahathir - MUAFAKAT NASIONAL. (Lebih
mudah untuk disebu t FUCKATAN NASIONAL) Saya tiada masalah jika kita memilih untuk
menyokong Mahathir mengekalkan jawatannya sehingga habis penggal. Tetapi menadah belas ihsan untuk secangkir
kuasa adalah kebodohan yang akan membunuh sejarah politik umat Melayu dan Islam.
PERTAMA, ia akan
menjadikan DAP (dan Amanah) terus relevan.
2 tahun pertama PH adalah bukti berangkai jelas yang menonjolkan kelemahan dan
kebobrokan dua parti ini ketika menjadi kerajaan. Tetapi memilih untuk
menyingkirkan kedua ini daripada KUASA MELALUI JALAN BELAKANG
hanya akan membolehkan mereka untuk 'play victim'.
Dan simpati rakyat ini akan menenggelamkan
segala kesalahan dan dosa mereka kepada institusi agama, Tabung Haji, umat
Islam dan negara.
Saya
bagi contoh kerajaan Perak 2008-2009. Ya, DAP
sememangnya melakukan kecurangan besar ketika memerintah Perak ketika itu.
Tetapi tindakan BN menumbangkan kerajaan mereka pada Februari 2009 melalui pintu
belakang menyebabkan parti itu menjadi terus relevan. Akhirnya DAP konsisten memiliki kerusi
terbanyak pada dua siri pilihanraya umum seterusnya.
Tuan-tuan
yang dihormati,
Benar
KEWUJUDAN DAP HARI
INI AKAN MENJAHANAMKAN EKONOMI NEGARA.
Tetapi yang merosakkan ekonomi hari ini bukan DAP sahaja. Yang merosakkannya
adalah seluruh kepimpinan kerajaan pusat.
DASAR
NEO LIBERALISM TUN MAHATHIR
yang tidak menyantuni bantuan kepada
rakyat adalah punca aliran tunai negara terganggu. Kecetekan Mahathir di pentas
diplomasi dunia adalah sebab kenapa kita dipinggirkan daripada pelaburan
antarabangsa.
Dan SEBAHAGIAN BESAR ASET-ASET NEGARA YANG
TERJUAL juga adalah DI BAWAH KAWALAN AZMIN ALI (Raja Semburit) sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Kerosakan
daripada DAP adalah benar. Tetapi kerosakan gandingan Mahathir-Azmin ini tidak
kurang buruknya.
Tuan-tuan
yang dihormati,
Benar
AJARAN DAN
TINDAK-TANDUK DAP ADALAH KATALIS kebiadapan
segelintir rakyat kepada Raja-Raja Melayu.
Tetapi saya nak tanya, apakah cabaran paling besar dihadapi oleh Raja-Raja
Melayu selepas PH memerintah?
Jawapannya
STATUTE ROME. Dan bukankah selain DAP, Mahathir juga yang bersungguh mahu meratifikasikan perjanjian
ini? Sehinggakan apabila keputusan itu
ditarik balik kesan protes raja-raja, dia merajuk dan menuduh wujudnya deep state yang CUBA MENGGULINGKAN KERAJAANNYA?
Jadi
apa yang perlu dilakukan?
CUKUPLAH dengan tuan-tuan MENYOKONG MAHATHIR menghabiskan
penggal ini sebagai Perdana Menteri. Jika sekiranya DAP, PKR dan Amanah
memprotes - keluar daripada kerajaan andaikata peralihan kuasa tidak berlaku,
maka biarkan Mahathir memerintah dengan kerajaan minoriti. Ia tidak salah dari
segi perlembagaan.
Ia
juga pernah berlaku. Tan Sri Khalid Ibrahim contohnya pernah memerintah
Selangor dengan bantuan 4 Exco PAS dan sokongan UMNO Negeri apabila Adun-Adun
PKR dan DAP berpaling tadah daripadanya 5 tahun dahulu.
Apakah
ketika itu UMNO menyertai kerajaan Selangor? Tidak.
Apakah
ketika itu kerajaan Selangor berfungsi? Ya.
Jadi
apa masalahnya?
Tuan-tuan
yang dihormati,
Benar
membiarkan DAP berpaut kepada kuasa akan membuka ruang untuk lebih banyak
cabaran dan ancaman yang akan terjadi kepada umat dan negara. Tetapi bukankah
sepanjang 2 tahun ini kita bersama sama telah berjaya menghalangnya walaupun
mungkin tidak semua?
Bukankah
suara kita yang mematikan ICERD?
Bukankah
desakan kita yang membunuh Statue Rome?
Bukankah
teriakan kita yang berjaya mempertahankan subsidi haji kepada umat?
Dan
bukankah ini tanggungjawab tuan-tuan sebagai pemimpin yang dipilih?
Tuan-tuan
yang dihormati,
Menyertai
sebuah kerajaan yang lemah melalui pintu belakang hanya akan menjadikan
kerajaan itu tidak dihormati. Tuan-tuan juga akan terpaksa menanggung segala
liabiliti yang telah dibuat oleh kerajaan hari ini.
Kuatkah
bahu tuan-tuan untuk menampung beban sebegitu rupa? Sedangkan mereka yang
ketika itu telah tersingkir boleh berlepas diri menjaja simpati kepada rakyat
jelata. Dan akhirnya membolehkan mereka memperoleh kuasa semula pada
pilihanraya seterusnya.
Dan TIDAKKAH TUAN-TUAN TERFIKIR, bahawa tawaran itu mungkin sekadar untuk Mahathir mencipta 'leverage' sebagai imbangan tawar-menawar apabila beliau
berhadapan tekanan sekutunya nanti?
Jika
orang berhati kering seperti ini BOLEH
MENGKHIANATI PERJANJIAN DENGAN RAKANNYA,
maka apa jaminan dia tidak akan memungkiri perjanjian yang akan diikrarkannya
kepada tuan-tuan nanti?
Saya
bagitahu begini sajalah. Mahathir hanya perlukan ahli parlimen untuk terus
berkuasa. Maka MANA-MANA
AHLI PARLIMEN UMNO YANG MAHU BERSAMANYA,
maka SILAKAN KELUAR DENGAN SEGERA. UMNO TIDAK AKAN RUGI APA-APA.
Kerana
UMNO ini wujud dengan aspirasi dan tinta semangat rakyat jelata. UMNO tidak
pernah dibina dengan tiang kuasa.
KELUARLAH. Dan biarkan kami menanda semula sejarah perjuangan ini dengan darah dan
air mata kami sendiri.
#HidupBermaruahAtauMatiMelawan
Salam
perjuangan
Takbir, Takbir, Takbir.
Takbir, Takbir, Takbir.