Translate

Memaparkan catatan dengan label Ulamak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulamak. Papar semua catatan

03/02/2020

ULAMAK MEMBIMBING UMARAK

ULAMAK sebagaimana yang kita fahami ialah sekumpulan orang yang alim dalam bidang agama. Mereka alim dalam berbagai disiplin ilmu. Ada juga yang mempunyai kelebihan alim dalam hampir semua bidang ilmu yang ada.

Manakala UMARAK pula ialah sekumpulan manusia yang diberikan Allah kuasa bagi memerintah. Samada tampuk kuasa itu diperolehi dengan cara perwarisan, rampasan ataupun dengan cara yang diredahi Allah iaitu cara seperti Khulafa ar-Rasyidin perolehi, dengan syura dan kemudian dibaiah oleh rakyat.

Carilah di mana-mana sekalipun, kedua-dua watak ini, wajib ada dalam sesebuah negara. Kedua mereka pada kebiasaannya bertembung antara satu sama lain. Amat jarang keduanya bersetuju dengan banyak hal yang melibatkan pemerintahan bagi negara yang tidak mementingkan agama.

Kita maklum bagaimana para nabi dan rasul, ada yang disiksa, bahkan dibunuh kerana menegur pemerintah yang terbabas dari jalan yang Allah tetapkan sebagaimana Nabi Yahya. Ada umarak yang menerima teguran nabi dan kemudiannya menjadi insan yang mulia. Raja Najasyi menjadi misalan terbaik.

Agama rakyat, mengikut agama pemerintah. Ini adalah hal yang benar kerana sebaik sahaja Najasyi memeluk Islam, maka Habsyah keseluruhannya bertukar menjadi negara Islam. Lihat Andalusia, Cordova, Granada, setelah ditakluk oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, Sepanyol berubah menjadi negara Kristian.

Oleh kerana pertembungan yang kuat antara orang agama (mengambil Bishop sebagai penasihat agama Kristian) dan umarak ini, maka kita lihat di negara-negara Kristian dahulu, sekularisma diwujudkan kerana umarak sudah bosan dipengaruhi oleh keputusan agama. Mereka mahu pemisahan kuasa dan kebebasan.

Jadi agamawan mereka kemudiannya didiamkan di dalam gereja sahaja. Mereka diperlukan apabila hal-hal rasmi keagamaan dilangsungkan. Tetapi tidak ada langsung suara mereka bagi turut dikumandangkan dalam parlimen atau keputusan-keputusan besar negara. Begitulah agamawan mereka perlakukan.

MALANGNYA, dalam negara Islam, sedikit demi sedikit, sistem sekular ini diterima masuk ke dalam pemerintahan negara. Ulamak-ulamak semakin dipinggirkan, apatah lagi jika mereka yang agak vokal menentang kemahuan umarak. Kamal Attartuk pastinya model terbaik bagi negara yang mengaku Islam.

Walaupun terdahulu sekularisma ini tidak diketahui kewujudannya, tetapi sifat kebencian terhadap nasihat agama oleh pemerintah sudah jelas kelihatan. Para imam mujtahid diketahui melalui jalan penyeksaan yang berat hanya kerana tidak mahu berfatwa mengikut umarak.

Mungkin dari segi kejayaan material, negara tidak kalah walaupun tidak mengikut nasihat yang benar dari ulamak. Tetapi bagi manusia yang mencari redha Allah, harta benda bukanlah kayu pengukur kepada pencapaian negara, tetapi budi dan akhlak itu yang lebih Utama.

Amerika Syarikat dibenci dunia kerana perangai jahatnya, walau mempunyai kekuatan ekonomi, tetapi tiada agama yang menjadi pedoman. SEKARANG KEBENCIAN ITU BERALIH KEPADA CHINA pula yang cuba menjadi pembuli kepada negara-negara jirannya yang kecil di Asia Tenggara. Ekonomi China, meningkat sentiasa. Tapi tiada akhlak, agama, mereka dibenci.

Bagaimana pula dengan negara yang tidak mempunyai kekuatan ekonomi, tetapi juga berakhlak buruk? Sudah tentulah mereka lebih dibenci. Maka bagi menjadi negara yang baik, mengutamakan kebajikan kepada rakyat, ulamak mestilah dibawa bersama dalam pemerintahan, kerana mereka tahu jalannya kepada Allah.

Jelas keperluan ulamak mendampingi umarak dengan kita melihat Sultan Muhammad al-Fateh, seorang sultan yang dipuji rasulullah sebagai pemimpin yang terbaik, yang mempunyai ulamak sebagai penasihatnya dalam menjalankan pemerintahan. Namun begitu, ada ulamak yang baik, ada ulamak jahat.

Saya teringat kisah di sebuah negara arab suatu ketika dahulu, pemerintah meminta fatwa dari ulamaknya. Lalu ditanya kembali oleh ulamak itu, fatwa yang bagaimana yang dimahukan oleh pemerintah. Dijawabnya si pemerintah, ‘Yabnal kalb, (Hai anak anjing) engkau mufti atau aku mufti.

Begitulah ulamak dihina hasil dari perbuatannya sendiri. Tidak terkira ulamak yang malah sanggup memalsukan hadis atau memesongkan tafsiran ayat-ayat Allah hanya untuk harga dunia yang sedikit. Ulamak jenis inilah yang akan menjahanamkan negara kerana pemesongan fatwa mereka.
DI TERENGGANU, rakyatnya amat bernasib baik kerana dipilih oleh Allah semenjak ratusan tahun dahulu, mempunyai kerajaan yang cintakan Islam. Batu Bersurat, bukti yang jelas. Apabila umarak mencintai Islam, sudah barang tentu, ulamak akan mendapat tempatnya di sisi umarak. Mereka dimuliakan.

Apabila ada pertalian erat antara keduanya ini, maka negeri akan menjadi makmur seiring dengan keperluan dunia. Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, adalah pasangan yang sangat utuh bergandingan membentuk kerajaan Islam Terengganu yang gagal ditewaskan British.

KINI MENTERI BESAR TERENGGANU, DATO’ SERI DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR, AMAT MENGHORMATI ULAMAK, malah menjadikan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai gurunya bagi menjalankan pentadbiran yang lebih baik bagi kesejahteraan rakyat Terengganu, DIPAYUNGI oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang dikasihi.

Alhamdulillah dan kita berharap, ianya menjadi suatu tanda bagi kebangkitan Terengganu dalam semua bidang, dunia dan akhirat, atas eratnya kasih sayang ulamak dan umarak Terengganu ini. Tiadalah yang membahagiakan melihat kesederhanaan foto mereka berdua ini.

Sebenarnya mereka sering berjumpa, menegur apa yang silap, membantu apa yang lemah, menyokong apa yang betul. Bagaikan kasih ayah kepada anak demi melindungi sesama mereka dari kemurkaan Allah. Jelas kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah berusaha bergerak atas kehendak Allah. Tiada kes penyelewengan. Yang ada fitnah dan cacian.

Semoga Allah melindungi mereka berdua. Asbab kasih sayang mereka kerana Allah, Allah menjadikan rakyat Terengganu semakin bertambah ketaqwaan dan membuka seluas-luasnya pintu-pintu keberkatan dari langit, sebagaimana yang dijanjikanNya kepada orang-orang yang bertaqwa.

Bencilah wahai sekelian pembenci, tiadalah benci kamu itu merendahkan martabat manusia yang mulia, tetapi benci kamu sebenarnya kepada kebaikan dan kebenaran, akhirnya akan membenamkan diri kamu sendiri dalam kebencian orang lain pula terhadap kamu nanti.

Nukilan: Mohd Nasir Abdullah
02 Februari 2020

16/04/2012

KALUNG BUNGA - ULAMA PAS DAKWA TINDAKAN SISWA HINA ISLAM - TINDAKAN UNDANG2 PERLU DIAMBIL SEGERA

TINDAKAN UNDANG-UNDANG PERLU DIAMBIL KE ATAS MAHASIAL YANG MELAKUKANNYA KERANA MENGHINA PEMIMPIN ISLAM, MENGHINA AGAMA HINDU.

TINDAKAN SEGELINTIR MAHASIAL YANG SANGAT-SANGAT BIADAP DAN KURANG AJAR.

Beberapa Tokoh Ulama' PAS kelihatan tidak senang duduk dengan sikap agresif Siswa Pro Adam Adli sehingga menyebabkan mereka sanggup membelakangi rujukan Agama malah lebih teruk mempertahankannya.

17/12/2011

PM - Kerajaan Sanjung Tinggi Peranan Ulama'

alt

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan kenaikan elaun Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) daripada RM1,210 kepada RM1,810 bermula tahun depan.

Beliau berkata serentak dengan itu, tuntutan elaun perjalanan PPMD juga dinaikkan kepada RM700 sebulan daripada RM500 sebelum ini.

10/06/2011

KELEMAHAN ULAMA PAS DIDEDAHKAN - NIK ABDUH NIK AZIZ !!!

View Image

Selepas lima hari ulama 'digulingkan' daripada pucuk pimpinan parti,hari ini,Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nik Abduh Nik Abdul Aziz tampil berani apabila mendedahkan kelemahan golongan tersebut,meskipun beliau sendiri berlatarbelakangkan ulama.Nik Abduh dengan berani menyatakan bahawa kelemahan ketara pemimpin Pas yang lahir daripada latar belakang ulama adalah gagal merancang gerak kerja parti secara strategik dan sistematik, berbanding golongan profesional sehingga membawa kekalahan teruk pada pemilihan kali ini.

24/05/2011

Ulamak di Malaysia Hanya Mahu Mempertahankan Anwar??

Bila pembangkang yang diketuai oleh DS Anwar, secara terbuka menuduh DS Rosmah yang mengarahkan pembunuhan Alantunya dalam akhbar-akhbat milik pembangkang dan dalam siri-siri ceramah politik mereka... Ulamak pembangkang, mufti-mufti dan ulamak-ulamak yang dilihat berkecuali hanya diam menikus....
Bila pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk pemimpin-pemimpin Pas menuduh DS Najib ada hubungan intim dengan Alantunya, ulamak-ulamak ini juga hanya berpeluk tubuh.....

Bila DS Najib dan Rosmah Difitnah, Dimanakah Ulamak di Malaysia Menghilangkan Diri???

Semasa begitu banyak fitnah dan tohmahan dilontarkan kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN.... Boleh dikatakan tiada sorangpun Ulamak di Malaysia yang menjadi Ulamak Jantan di dalam  menemplak segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan tanpa disertakan dengan saksi, bukti video maupun bukti foto. Dalam Islam mudah, tanpa bukti ianya akan dikira sebagai fitnah!!!
Tukang fitnah yang kononnya anugerah tuhan di lihat begitu berleluasa memfitnah dengan disokong oleh parti yang kononnya mahu menegakkan hukum Allah s.w.t.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...