Translate

10/06/2011

KELEMAHAN ULAMA PAS DIDEDAHKAN - NIK ABDUH NIK AZIZ !!!

View Image

Selepas lima hari ulama 'digulingkan' daripada pucuk pimpinan parti,hari ini,Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nik Abduh Nik Abdul Aziz tampil berani apabila mendedahkan kelemahan golongan tersebut,meskipun beliau sendiri berlatarbelakangkan ulama.Nik Abduh dengan berani menyatakan bahawa kelemahan ketara pemimpin Pas yang lahir daripada latar belakang ulama adalah gagal merancang gerak kerja parti secara strategik dan sistematik, berbanding golongan profesional sehingga membawa kekalahan teruk pada pemilihan kali ini.

UTUSAN melaporkan Walaupun Beliau anak kepada Mursyidul Am Pas,Nik Aziz,Beliau berani untuk menceritakan kebenaran.beliau berkata,kegagalan itu menyebabkan para perwakilan berpendapat,golongan ulama tidak mempunyai keupayaan yang cukup mantap untuk menghadapi cabaran getir Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, bagi merampas Putrajaya.Sehubungan itu,beliau berharap,kekalahan teruk tersebut mampu menyedarkan golongan ulama agar segera mempersiapkan diri masing-masing bagi memastikan Pas kembali mengangkat dan meletakkan kepimpinan ulama seperti sebelum ini pada pilihan raya akan datang.


"Golongan ulama ini rajin bekerja untuk parti tetapi mereka membuat kerja, tanpa perancangan rapi sehingga hasilnya dilihat oleh perwakilan sebagai tidak memadai.Berbeza dengan golongan profesional yang gerak kerja mereka cukup tersusun dan penuh dengan strategi.Ini kelemahan ketara. Saya sendiri daripada latar belakang agama, tetapi kita kena akui hakikat ini. Ulama tidak boleh lagi bekerja mengikut kaedah lama kerana senario politik pasca 2008 sudah jauh berbeza berbanding sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekalahan semua calon ulama bagi jawatan Timbalan serta Naib Presiden, manakala daripada 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang dipertandingkan pula, hanya lapan sahaja mampu diisi golongan itu.

Nik Abduh bagaimanapun yakin,perubahan drastik yang berlaku pada muktamar Sabtu lalu cuma bersifat sementara kerana beliau percaya, keputusan minggu lalu adalah mesej peringatan daripada perwakilan kepada golongan ulama untuk lebih bersedia pada masa hadapan.Mengenai dasar negara berkebajikan yang kini menimbulkan kemarahan akar umbi Pas, beliau yang baru sahaja memenangi jawatan nombor dua dalam sayap Pemuda enggan menongkah arus, sebaliknya berkata, perubahan tersebut hanya sebahagian daripada strategi parti.

"Soal kenapa perubahan itu dibuat tidak timbul kerana strategi parti harus selari dengan tuntutan dan keadaan semasa.Apa yang penting, dasar dan matlamat utama Pas untuk menegakkan Islam di negara ini tidak berubah dan konsep kebajikan pula merupakan sebahagian daripada negara Islam," katanya.


Post By Wayne

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...