Translate

10/06/2011

SPRM Tahan Bookie Dipercayai Terlibat Dalam Sindiket Perjudian Bola Sepak

View Image

KUALA TERENGGANU, 9 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki dipercayai bookie yang terbabit dalam skandal mengatur perlawanan bola sepak pasukan Piala Presiden T-Team.

Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusoff Mohd Zain, berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan di Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira jam 3 petang semalam.

"Suspek ditahan reman sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung sogokan dan sindiket perjudian bola sepak yang melibatkan pemain," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Beliau berkata dengan tertangkapnya individu penting itu pihaknya dapat melengkapkan siasatan berhubung kes mengatur perlawanan itu yang kini hampir siap 80 peratus.

Katanya pihaknya telah merekodkan kenyataan daripada semua pihak termasuk pengurusan pasukan, pemain dan jurulatih dan yakin dapat menyelesaikannya kes itu tidak lama lagi.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang bekas jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team membuat pendedahan berhubung amalan rasuah dan mengatur perlawanan yang berlaku dalam pasukan itu tahun lalu.
View Image
Dalam laporan terbabit, bekas jurulatih itu mengaku telah menerima rasuah sehingga mencecah ribuan ringgit bagi mengatur perlawanan melibatkan pasukan Piala Presiden T-Team.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...